Gurulatih: Kami Terlalu Memilih

Tuesday, June 10, 2008 Leave a Comment

Semasa kursus dan ujian bengkung dibuat pada 23-25.05.2008 di SMU(A) Tarbiah Mardziah, Kelantan tempohari. Pihak kami juga menjalankan ujian bengkung merah kosong yang mana setelah mendapat persetujuan Cikgu Wan Halim. Ujian merah terhad pada tiada cula tetapi silibus diguna sampai silibus merah cula.

Di sana terdapat 10 pemegang bengkung hijau junior (baru 4-5 bulan lepas ujian) dan 15 orang pemegang hijau senior (lepas ujian 2-3 tahun). Jumlah itu tidak secara keseluruhan tetapi hanya kepada yang setia bergelanggang sahaja.

Namun, dalam 15 orang tersebut hanya 8 orang dibenarkan mengambil ujian merah kosong. Ini setelah mengambilkira faktor disiplin (luar dan dalam gelanggang), adab, adat, kepimpinan serta kegurulatihan.

Keutamaan juga diberikan kepada pemegang bengkung hijau yang menjalankan tugas pembantu gurulatih dan mempunyai gelanggang sendiri.

Kesemua faktor ini tertakluk kepada apa yang difahami oleh gurulatih mereka, Cikgu Sabli dan diputuskan secara adil oleh semua gurulatih yang ada masa tersebut. Namun, perkara ini telah diterangkan kepada mereka secara jelas oleh Cikgu Sabli.

Pihak gurulatih memohon maaf sekali lagi sekiranya ada rasa tidak puas hati atau kami kelihatan seperti memilih bulu tetapi pihak kami secara tegas akan meneruskan tradisi kami. Kami hanya membenarkan anak gayong terpilih untuk menduduki ujian merah kosong dan cula.

Ini kerana pihak kami masih memegang tradisi bahawa pemegang bengkung merah ke atas hanya layak dipakai oleh pesilat yang bersifat gurulatih dan dihormati oleh masyarakat. Paling penting pihak kami tidak berniat untuk lahirkan bengkung merah (dan ke atas)yang tersadai di ceruk rumah dan hanya dipakai semasa majlis adat atau program sahaja.

0 comments »

Leave your response!