,

Khatam Al Ikhlas

Tuesday, June 10, 2008 Leave a Comment

Pihak kami mengajak beberapa ramai yang mahu sertai kami dalam khatam Qul di Gurun Kedah pada 03.08.2008 dengan Cikgu Abdul Majid Mat Isa. Tarikh muktamad akan dimaklumkan kelak sekiranya ada perubahan.

Zikir Al Ikhlas sebanyak 70 ribu adalah zikir asas yang diberikan dan diamalkan kepada peringkat permulaan belajar Gayong. Dengan penerapan zikir ini, hati pesilat akan tunduk dan berubah kepada lebih baik seterusnya menjadi muslim yang lebih baik.

Zikir ini juga untuk mengelakkan pesilat daripada apa jua anasir jahat dan perbuatan yang melalaikan selain memberikan pahala yang berganda dan beberapa kelebihan amalannya yang lain.

Walaupun kami tidak pernah tekankan bagi khatam atau menghabiskan zikir tersebut, pihak kami percaya amalan secara berterusan tanpa mengambilkira faktor jumlah dan masa, akan memberikan kesan yang baik kepada pesilat itu dari semua sudut. Sekali gus memberikan kesan yang baik kepada semua orang dan masyarakat.

Sila hubungi kami sekiranya berminat nak ke sana juga bersama kami.

0 comments »

Leave your response!