Kursus Keris pada 30.11.2008
Pihak kami mencadangkan untuk mengadakan kursus keris sebagaimana berikut:
Tempat: Gelanggang Bandar Pusat Puchong
Tarikh: 30.11.2008
Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
Hari: Ahad
Pengajar: Cikgu Mohd Noor Yaakob
Yuran: RM20 (bukan ahli) dan RM5.00 untuk ahli KSSG
Kursus ini masih belum finalis lagi memandangkan masa dan tarikh bergantung penuh kepada keselesaan Cikgu Mohd Noor. Hanya 8 orang dewasa diterima untuk kursus ini.
Maklumat: Cikgu Mohd Noor Yaakob atau lebih dikenali Abg Noor Geting adalah antara Gurulatih muda yang disegani di Kelantan yang kini menetap di Klang Selangor. Beliau antara murid gur-guru lama Gayong termasuk Cikgu Awang Daud. Abg Noor memegang bengkung kuning semenjak 1996 yang mana sebelum itu telah memegang bengkung merah selama 8-9 tahun. Beliau pernah memimpin PSSPGM Geting & Tumpat sebelum pindah kerja di Selangor. Kini PSSPGM Tumpat dijaga sepenuhnya oleh anak-anak muridnya yang kebanyakannya berbengkung kuning dan pelangi hitam.
Kursus kelak akan diajarkan asas-asas keris dan permainan keris serta buah keris sebagaimana yang beliau pelajari dahulu (samada silibus lama dan baru diketepikan dahulu).
0 comments »
Leave your response!