,

Gelanggang Puchong Indah & Bandar bukit Puchong

Friday, December 19, 2008 Leave a Comment

Semalam perbincangan telah dibuat antara pihak kami dan pihak Ahli Majlis JKP Zon 13 dan antaranya tiada bantahan untuk meneruskan latihan silat di Balai Masyarakat Puchong Indah tetapi bayaran terpaksa dikenakan mencecah RM40.00 (minima).

Walaupun dahulu kami yang basuh dan sapu dewan termasuk dibekalkan kunci dewan atas komited kami, hanya kami diberikan penggunaan percuma manakala yang lain dikenakan sewa. itu dulu... sekarang lain.

Pihak kami tidak lokek dengan duit bagi membangunkan silat di Puchong ini tetapi kecewa sekiranya tidak diberikan peluang bagi aktiviti sebegini dibuat secara percuma bagi membolehkan kos yuran dan kos tambahan dikurangkan .. maka penyertaan lebih ramai dan aktiviti lebih banyak boleh dijalankan oleh kami..

Secara peribadi, saya berpandangan tindakan peribadi dan kepercayaan yang diberikan oleh Encik Hamid selaku Ketua UMNO Puchong Indah dan Nazir Masjid Puchong Perdana lebih memberikan keyakinan kami ke arah proses memasyarakatkan melayu Islam. Malah saya kagum dengan visi Ketua UMNO tersebut walaupun mengetahui semasa mesyuarat pertama dahulu saya adalah orang PAS dan ramai sedara saya Yang Berhormat daripada kalangan Parti PAS serta ahli tertinggi Pusaka Gayong sendiri menyokong Parti Keadilan Rakyat tetapi atas isu disiplin dan aktiviti masyarakat, kami diberikan ruang yang amat luas.

Saya kesal sekiranya silat dilihat sebagai sukan.

Itu dulu... sekarang PR.

0 comments »

Leave your response!