Peruntukan Pelajar Cemerlang

Monday, January 12, 2009 Leave a Comment

Melalui yuran pendaftaran yang dibayar oleh setiap orang daripada Anak Gayong baru sertai kami mahupun gurulatih sendiri, wang tersebut mempunyai peruntukan tertentu. Selain daripada penggunaan wang tabung persatuan untuk perbelanjaan persatuan, jamuan, kursus dan sebagainya, kami juga menyediakan peruntukan tahunan bagi pelajar cemerlang dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM.

Bagi peperiksaan UPSR dan PMR, pihak kami menyediakan beberapa hampers atau buku-buku sebagai hadiah tidak termasuk perbelanjaan majlis tertentu seperti mandi minyak atau kursus luaran.

Manakala bagi SPM, kami menyediakan seperti di atas dan sumbangan kewangan. Kesemua ini adalah bagi menarik minat dan menambah semangat Anak Gayong untuk terus cemerlang dalam akademik.

Sazmi Suboh yang menerima keputusan cemerlang dalam UPSR menerima sumbangan kewangan, tajaan majlis mandi minyak dan kursus luar selain daripada item lain.

Adik Nafiq Zikri bin Nazri (kanan) yang cemerlang di dalam ujian bengkung dan disiplin yang memuaskan di taja sepenuhnya bagi majlis Mandi Minyak dan Kursus luar.

Semalam, Adik Ummi (Kak Long) menerima buku-buku PMR dan item lain sempena keputusan cemerlang di dalam UPSR baru-baru ini.

0 comments »

Leave your response!