Sekitar Ujian Bengkung Putih & Hijau pada 11.01.2009 di Bandar Bukit Puchong

Monday, January 12, 2009 Leave a Comment

Ujian Bengkung pada 11.01.2009 di adakan di Balai Masyarakat Bandar Bukit Puchong, iaitu salah satu gelanggang PSSPGM yang mengadakan latihan setiap Ahad jam 9.00 pagi.

Ujian dibuat ke atas 8 orang pesilat daripada Gelanggang Masjid As Salam & Gelanggang Bandar Pusat Puchong. Mereka ini antara yang tercicir daripada ujian yang sebelumnya. Alhamdullilah, ia dapat dijalankan dengan baik dan secara puratanya, prestasi amat membanggakan.

Bila berlatih, mesti bagi tumpuan. Paham! Tumpuan!, kata Kamaruzzaman
Baik Sifu!, jawab Cik Abu Hassan

Banyak songeh kau, sifu konon! Ambik penangan Kilas Buah 3 cik Abu, bentak Encik Abu Hassan

Antara wajah di masa ujian tempohari.

Lagi-lagi maklumat dan video pada hari ujian tersebut boleh dilihat melalui YouTube kami.

0 comments »

Leave your response!