Flyer, Kain Rentang & Internet
Tuesday, February 17, 2009
Leave a Comment
Ketiga-tiga method tersebut digunapakai dalam mempromosi kembali kegemilangan KSSG di Puchong dan Subang Jaya. Pihak kami berharap dengan kegiatan promosi berjalan dengan kerjasama pihak anak Gayong Dewasa pelapis baru ini akan menyemarakkan lagi penyertaan masyarakat dalam silat seni Gayong di Puchong dan Subang Jaya.
Seorang rakan juga ada memaklumkan kami bahawa penyertaan di Masjid As Salam kembali meriah dengan kehadiran yang ramai sehingga mencecah jumlah asal semasa penggabungan antara gelanggang Puchong Indah dan Masjid As Salam.
Pihak kami merasakan antara punca kembalinya anak Gayong lama Puchong ini adalah ekoran edaran flyer yang kini dipercayai mencecahi 10-15 ribu telah diedarkan oleh Anak Gayong Dewasa bersama promosi bekam sunnah.
Semalam Cikgu Shams yang baru tiba daripada Kota Bharu, sempat berbual dengan beberapa Anak Gayong Dewasa di gelanggang Bandar Pusat Puchong. Antara yang perlu diingatkan oleh kami dan Cikgu Shams bahawa, tiada apa jua yang dikatakan pilih bulu atau erti putus asa dalam perjuangan. Selagi ada konsisten dan istiqamah, insyaAllah dari sudut ilmu akan diperolehi dan kepuasan dalam usahan mengembangkan warisan ini sebagai wadah pahala untuk jangkamasa panjang akan dinikmati. Cuma kami memerlukan konsisten. Tanpanya, usah memberikan kritikan.
KSSG asalnya dibangunkan oleh Cikgu Shams seorang, dibantu oleh seorang demi seorang Anak Gayong. Setiap mereka hadir dan pergi. Yang kuat semangat akan bersama kami. Setiap mereka yang hadir dan pergi tidak akan merugikan kami kerana hadir kami bukan kerana mencari makan.

0 comments »
Leave your response!