,

Kursus Senjata Tertutup Bagi Penyelarasan Silibus KSSG

Friday, February 06, 2009 Leave a Comment

Pada esok, 07.02.2009 sehingga 09.02.2009, penyelarasan Silibus KSSG akan dibuat balik bagi permainan senjata. Himpunan senjata mungkin akan dibuat berdasarkan silibus senjata di bawah Cikgu Shams setakat tahun 1998 dan Cikgu Sabli setakat tahun 1999.

Permainan senjata yang mungkin akan menjadi pilihan esok sehingga isnin ialah permainan Parang kerana mempunyai silibus yang banyak peringkat dan masa yang sesuai untuk cuti yang panjang. Lagipun parang adalah permainan yang biasa digunakan dan dalam masa yang sama boleh digunakan untuk tongkat pendek (kalau terdesak, tapi silibus lain).

Gurulatih utama yang akan mengajar ialah Cikgu Sabli "Sering". Jemputan hanya dibuat kepada anak Gayong KSSG yang telah mendaftar yuran tahunan bagi sessi 2009.

Sila datang kalau nak belajar sahaja. Kalau nak mengajar, jangan datang! (?)..

"Cikgu Shams! Ekau pun dok belakang" Mahagaru dah bagi warning tu.

0 comments »

Leave your response!