Penyertaan Teramai buat masa ini!

Tuesday, February 17, 2009 Leave a Comment

SMU (A) Tarbiah Mardziah di Kelantan yang pernah menjadi lagenda gelanggang Silat Seni Gayong di Kelantan kerana banyak melahirkan pesilat berkualiti termasuk ramai gurulatih yang aktif sehingga kini telah dijaga oleh KSSG semenjak 2007 sehingga kini.

Hasil jagaan dan asuhan pentadbiran KSSG, beberapa gelanggang lain termasuk gelanggang awam dan sekolah harian telah ditubuhkan oleh pesilat SMU (A) Tarbiah Mardziah. Kesemua gelanggang tersebut diletakkan di bawah PSSPGM Kelantan atas dasar budibicara kami. Namun penjagaan khas ke atas SMU (A) Tarbiah Mardziah adalah atas beberapa alasan yang tidak dielakkan dan dipersetujui oleh PSSPGM Kelantan. Namun, kesemua urusan ujian bengkung pensijilan dan lain-lain adalah diserahkan kepada PSSPGM Kelantan.

Perjumpaan kami dengan beberapa gurulatih SMU (A) Tarbiah Mardziah pada 14.02.2009 baru-baru ini terutama dengan gurulatih utama yang ditugaskan, Ustaz Abdullah Aqili telah menunjukkan prestasi meningkat ke atas gelanggang tersebut apabila dengan usaha bersama semua pihak beberapa anak didik mereka mampu ke peringkat zon, negeri dan kebangsaan dalam sukan silat.

Pada tahun ini, dengan pembinaan dan pembaikpulihan sekolah tidak menjadikan alasan untuk bermula lewat dalam latihan termasuk persediaan mengadakan kursus silat mega kami di Pantai Melawi yang dijangkakan akan dibuat pada Jun 2009.

Pada masa ini, SMU (A) Tarbiah Mardziah menjadi gelanggang jagaan kami yang mempunyai teramai pelatih dengan anggaran lebih kurang 100 orang pelatih tidak termasuk gurulatih- gurulatih bengkung merah kosong dan hijau lama.

Pada 14.02.2009 semasa perjumpaa tempohari, sebanyak 87 borang pendaftaran tahunan diserahkan kepada pihak kami. Tahniah atas kesemua usaha dalam memperkemaskan barisan silat di Kelantan khususnya di Kota Bharu. Pihak KSSG akan terus membantu dari sudut peluang, kegurulatihan dan tajaan kewangan.

0 comments »

Leave your response!