Jawapan Email (4): Kesihatan & Latihan Silat

Tuesday, March 24, 2009 Leave a Comment

Adakah Urut memberikan kesan baik kepada Pesilat?

Bagaimana warmup yang baik?

Bolehkah saya memutuskan urat kaki saya bagi membolehkan saya hebat dalam tendangan?


Email adalah berasingan. Jawapan adalah sedemikian:

Adakah Urut memberikan kesan baik kepada Pesilat?

Urut adalah suatu cara perubatan dalam amalan orang melayu yang diamalkan sejak berzaman. Bahkan semua bangsa mempunyai ilmu urutan yang berbeza mengikut tradisi urutan mereka. Namun, kesamaan antara kesemua urutan adalah ia digunakan sebagai satu cara bagi membetulkan dan menyembuhkan urat-urat serta sendi di dalam tubuh. Dengan merujuk kepada pakar dan ahli dalam bidang urutan ia banyak membantu dalam kesihatan tubuh badan. Tidak terhad kepada pesilat sahaja. Bagi mereka yang bekerja dan melakukan latihan berat seperti silat, elok juga mengamalkan urut bagi membetulkan urat-urat dan terseliuh (jika ada) sebagai satu jalan ke arah kesihatan. Digalakkan sekali sebulan atau sekali dalam 2 bulan sahaja.

Bagaimana warmup yang baik?

Warm up yang baik adalah lakuan renggang daripada bawah ke atas atau sebaliknya. Jangan lakukan tunggang terbalik. Cara dan langkah-langkah yang betul boleh diperolehi melalui internet, majalah dan apa yang diajar oleh gurulatih.

Sebaiknya renggangan dibuat sekadar untuk melakukan renggangan sahaja. Latihan berat boleh dibuat semasa latihan sekiranya ia adalah untuk fleksible tubuh mahupun refleks. Begitu juga dengan muscle.

Bolehkah saya memutuskan urat kaki saya bagi membolehkan saya hebat dalam tendangan?

Yang ini diluar pengetahuan saya. Tetapi kami tidak pernah mengajar melakukan apa jua perkara yang sia-sia atau memudharatkan. Jangan dok buat.

Wallahu'llam

0 comments »

Leave your response!