Yuran Bulanan Latihan Bandar Bukit Puchong Naik?

Monday, March 02, 2009 Leave a Comment

Semasa perjumpaan dan sessi latihan di Kelantan pada 28.02.2009, kami menerima panggilan daripada Encik Tawfik, selaku AJKP dan penjaga dewan masyarakat Bandar Bukit Puchong 1 bahawa satu mesyuarat telah dibuat antara AJK Penduduk mereka dan memutuskan bahawa mengkategorikan silat sebagai kegiatan sosial dan bukan satu sukan.

Oleh yang sedemikian, caj penggunaan dewan sebanyak RM80.00 selama dua jam akan dikenakan kepada latihan tersebut yang diadakan setiap hari Ahad. Duit bukan menjadi masalah, maka kami bersedia dan memberikan RM40 sebulan bagi 4 jam latihan sebulan. Dulu ahli kurang. Sekarang kami mencecah 29 orang tidak termasuk pelatih daripada Masjid As Salam dan dewasa yang turut hadir berlatih bersama.

Kami dimaklumkan bahawa RM80.00 yang dikenakan telah dikurangkan kepada satu amaun tetapi peningkatan caj yang melebihi 200% amat mengejutkan. Bukan mengejutkan dari sudut harga dan nilai tetapi mentaliti orang melayu.

Sekiranya pada tahun 1960an Pakndak Majid Isa mengajar silat dengan bayaran bulanan RM10.00. Berapa sepatutnya yuran silat Seni Gayong kini patut ditetapkan?

Kami sudah menggunakan beberapa dewan untuk kelas silat semenjak 2005. Pernah orang tahu bagaimana rupa dewan-dewan tersebut tanpa aktiviti kami. Cuba lihat Dewan Masyarakat Puchong Indah sekarang.. Dewan lain intai sekali..

Barangkali mereka fikir kami turun padang kerana duit. Pelajaran kami cetek. Gaji kami kecil.

0 comments »

Leave your response!