,

Target Bakat Silat 2010: Kita 'Tawan' Puchong, Subang, Seri Kembangan & Shah Alam

Wednesday, February 25, 2009 Leave a Comment

Dalam memperkemaskan pentadbiran dan memperluaskan lagi bakat silat Malaysia serta matlamat kami di tahun 2010, pihak kami telah menyediakan 25 kertas kerja permohonan membuka kelas Silat Seni Gayong di bawah seliaan kami kepada 25 buah sekolah. Antara sekolah yang menjadi pilihan dan telah dihubungi ialah:

Sekolah Kebangsaan Puchong Perdana
Berdasarkan pengalaman yang lepas, agak susah tapi kami mencuba lagi. InsyaAllah.
Terdapat 4-5 orang pesilat di Sekolah ini sekarang berlatih di Masjid As Salam dan Bandar Bukit Puchong

Sekolah Kebangsaan Puchong Indah
Mesyuarat dan presentasi mengenai penubuhannya telah ditetapkan. Apapun progresnya, terima kasih atas kerjasama baik pihak sekolah buat masa ini.
Terdapat 8 orang pesilat daripada sekolah ini sekarang berlatih di Masjid As Salam, Puchong Perdana.

Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2
Masih tidak dapat berbincangan dengan Penolong Kanan Ko-kurikulum sekolah tetapi terima kasih atas layan kakitangan sekolah yang terbabit.
Terdapat 9 orang pesilat daripada sekolah ini yang kini berlatih di Bandar Bukit Puchong dan Masjid As Salam, Puchong Perdana.

Sekolah Kebangsaan PPR Lembah Subang
Perbincangan telah dibuat sebelum ini dan perbincangan lanjut mengenainya serta dokumentasi diuruskan oleh Anak Gayong Bandar Pusat Puchong.
Kerjasama daripada guru amat membanggakan.

Sekolah Kebangsaan Putra Perdana, Sepang
Perbincangan telah dibuat sebelum ini dan perbincangan lanjut mengenainya serta dokumentasi diuruskan oleh Anak Gayong Bandar Pusat Puchong. Terdapat 11 orang pesilat kami yang berlatih di Bandar Bukit Puchong adalah bersekolah di sini. Kerjasama daripada guru amat membanggakan.

Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 3
Perbincangan telah dibuat sebelum ini dan perbincangan lanjut mengenainya serta dokumentasi diuruskan oleh Anak Gayong Bandar Pusat Puchong.
Kerjasama daripada guru amat membanggakan.


Manakala setakat ini beberapa gelanggang awam turut di jadikan perhatian dan dalam proses memulakan latihan. Antara Gelanggang Awam baru yang bakal dimulakan dalam masa terdekat;

Desaminium Flora Lestari Perdana, Seri Kembangan
Perbincangan telah dibuat dan surat serta kertas kerja telah dilampirkan bagi pertimbangan.

Taman Puchong Perdana/Puchong Permai
Semuanya berjalan baik tetapi menunggu keputusan Sek. Keb. Puchong Perdana dan Sek Men. Puchong Perdana. Sekiranya penubuhan dibenarkan, maka gelanggang ini akan dibatalkan.

4 comments »

  • Anonymous said:  

    Tahniah buat Kelab Silat Seni Gayong Subang Jaya. Usaha sebegini perlu diteruskan. Seharusnya seluruh sekolah di Malaysia mewujudkan gelanggang seni silat. Tahniah sekali lagi.

    Salam dari
    Admin
    Ruzaidi Martial Arts Academy
    (RUZMAA)

  • SH said:  

    Terima kasih Abang Zaidi atas sokongan berterusan kepada silat.

  • kemuncup said:  

    kalu ikut 2010 ni dah masuk semua dah kan. Seri kembangan jer belum masuk. biler lagii

  • SH said:  

    Dalam perancangan InsyaAllah.. Terima kasih atas sokongan semua!

  • Leave your response!