,

Adat Perlimau Tapak & Seni Dalam Silat Seni Gayong

Saturday, April 25, 2009 Leave a Comment

Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat. Jadi setiap orang yang menjadi ahli harus pula menjalani upacara mandi perlimau adat sebagai memenuhi syarat penerimaan sebagai murid Gayong. Di samping itu setiap bakal murid yang akan menjalani upacara mandi adat ini perlu menyediakan pengeras yang berupa wang tunai. Walaupun pengeras ini adalah hak Mahaguru / warisnya sebagai satu ikrar halal-menghalal di antara Mahaguru dangan muridnya, namun ia tidak diberatkan kepada mereka yang tidak mampu.

Di dalam Pusaka Gayong, kebanyakan daripada alatan untuk adat Gayong dikurangkan bagi mengelakkan apa jua penyelewengan dan tanggapan buruk pada akidah pesilat itu sendiri yang mana tindakan ini diambil apabila beberapa perbincangan dibuat dengan para bijak pandai Islam.

Adat-istiadat yang perlu ditempuhi oleh setiap pelatih ialah Perlimau Sintuk Tapak bagi pelatih lelaki dan Perlimau Sintuk Seni bagi pelatih wanita. Pengkeras yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Perlimau Sintuk Tapak
    • RM11.50
  • Perlimau Sintuk Seni
    • RM11.50 (wanita)
    • RM21.00 (lelaki)

Peralatan Mandi Perlimau Sintuk Tapak/Batu Putih/Buyung

  • Sesisir pisang emas - jamuan
  • Sebiji limau nipis - mandian
  • Akar sintuk -mandian
  • Asam jawa - makanan pesilat
  • Garam halus - makanan pesilat
  • Kemenyan - tidak diguna pada masa ini
  • Bertih beras - tidak diguna pada masa ini
  • Tujuh pucuk jarum - tidak diguna pada masa ini
  • Pengkeras sebanyak RM11.50 - hak guru

Dalam upacara ini, pelatih dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan besar(berwuduk).

Peralatan Mandi Perlimau Sintuk Seni

  • Sesisir pisang emas - jamuan
  • Sebiji limau nipis - mandian
  • Akar sintuk -mandian
  • Asam jawa - makanan pesilat
  • Garam halus - makanan pesilat
  • Kemenyan - tidak digunakan pada masa ini
  • Bertih beras - tidak digunakan pada masa ini
  • 21 pucuk jarum - tidak digunakan pada masa ini
  • Tujuh jenis kuntuman bunga - mandian
  • Sebatang lilin putih - tidak digunakan pada masa ini
  • Pengkeras sebanyak RM21.00 - hak guru
Bagi wanita, peralatannya adalah sama dari angka 1-9. Sebagai tambahan untuk wanita:
  • Sekapur sirih lengkap dengan ramuannya - makanan pesilat
  • Pengkeras sebanyak RM11.50

Peringkat Perlimau Sintuk Seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setinggi mana yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata -( tertakluk kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang tanggungjawab dalam melatih dan mengembangkan Gayong.

Pada peringkat Perlimau Sintuk Tapak, pelatih hanya dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja.

0 comments »

Leave your response!