Showing posts with label Adat. Show all posts
Showing posts with label Adat. Show all posts
, , , ,

APA SANDANG YANG DIKATAKAN BINTANG CULA TU?

Saturday, July 16, 2022 0 comments

 


APA SANDANG YANG DIKATAKAN BINTANG CULA TU?

Sandang yang ada dan diwujudkan di dalam Sendi Harimau Malaysia hanya satu sandang sahaja iaitu Sandang Bintang Cula yang sebagaimana gambar tersebut. Lantainya hitam dan dua jalurnya perak.
Kelayakan sandang ini hanya dua syarat. Pertama; khatam Qul sekurangnya sekali khatam. Kedua; mempunyai gelanggang silat. Syarat bergelanggang dan mengajar gelanggang ini hanya terhad kepada gurulatih bawah bengkung hitam cula II dan umur 55 tahun ke bawah, yang mana-mana lebih awal.
Sandang Bintang Cula ini boleh dipakaikan sendiri atau dipakaikan oleh Pertubuhan. Sekiranya pada tahun berkenaan, pemakai sandang tidak mengajar bergelanggang, maka beliau tidak boleh memakai sandang Bintang Cula walaupun sandang berkenaan tidak dilucutkan.
Sandang Bintang Cula adalah sandang asal yang diwujudkan oleh Seni Gayong semasa zaman awal Gayong sehingga dinaiktaraf oleh ADMAR kemudiannya. Dua (2) syarat pemakaiannya masih di gunakan oleh Allahyarham Meor Aziz sehingga akhir hayatnya.
"Hanya Sandang Bintang Cula sandang yang diwujudkan dan diiktiraf dalam Seni Gayong awalnya dan digunakan oleh Meor Aziz dan Meor Rahman (pada awal pembukaan) tetapi pembaharuan yang dibuat oleh ADMAR juga suatu yang baik kepada Seni Gayong" - Pakngah Ali, Murid kanan Allahyarham Meor Aziz
Read the full story

,

SANDANG UTAMA SENDI HARIMAU MALAYSIA

Thursday, July 14, 2022 0 comments


Persekutuan Seni Pusaka Gayong Persilatan Sendi Harimau Malaysia tidak mempunyai apa-apa sandang kebesaran menyatakan pangkat dan peringkat pemegangnya kecuali satu sandang iaitu sandang asal Seni Gayong, Sandang Bintang Cula yang telah digunakan oleh Moyang Arwah Meor Abdul Aziz dan Meor Abdul Rahman.

Sandang ini mula diberikan oleh Arwah Abdul Meor Aziz kepada muridnya di Pulau Pinang dan kemudian oleh Arwah Meor Abdul Rahman sebelum ADMAR memperkenalkan sandang yang lebih menyeluruh dengan mengikuti sistem sandang kerajaan negeri Perak.

Sandang ini diberikan kepada ahli yang memenuhi syarat asal Seni Gayong iaitu (1) Bergayong (2) Khatam Qul 100,000x

Read the full story

,

LOCAL INSTRUCTOR COURSE 1.0

Monday, June 12, 2017 0 comments


Tamat latihan asas dan Combat buat masa ini. Ini video sebahagian sedang revisi. Belajar dengan happy.
Solat jemaah jangan ditinggalkan
Tazkirah selalukan
Manzil jadikan darah daging
Quran jangan henti..
Itu latihan 2 hari kami..
Read the full story

,

KICKBOXING WARRIOR CHAMPIONSHIP


Foto sekitar Kickboxing Warrior Championship aniuran AIX Combat Sport di Semenyih . Persekutuan melalui Team Sendi Harimau Saujana Putra diwakili oleh 2 org pesilat ,Auni Arissa dan Afieq Fahmi. Alhamdulillah Auni memperolehi kemenangan manakala seri untuk Afieq. Inshaallah ini akan menjadi platform utk persekutuan melahirkan lebih ramai lagi pesilat menjadi 'fighter'!
#anakgayong #sendiharimau #saujanaputra #OrangSilatLawanKickboxing Read the full story

, , , , ,

SUMBANGAN MANGSA BANJIR KELANTAN OLEH ANAK GAYONG

Friday, December 26, 2014 0 comments


 
SUMBANGAN MANGSA BANJIR KELANTAN OLEH ANAK GAYONG

"Siapa nak sumbang mangsa banjir boleh masukkan dlm akaun kelab kami CIMB 12070001215109 (kelab silat seni gayong subang jaya). Sila maklumkan melalui mesej amaun sumbangan anda melalui SMS.

Sumbangan diterima sehingga tghari esok sahaja. Petang kami sediakan pembelian barang. Ahad 3 lori bertolak ke terengganu. Manakala ke kelantan, barangan sumbangan akan naik helikopter.

Kerjasama dibuat melalui Perantau Anak Kelantan dan Masjid As Syakirin.

Apa-apa call saya, Hisham Nazir: 0139307961"
Read the full story

, , ,

Melestarikan Pakaian Melayu Dalam Demo Silat - KSSG Mula Sepenuhnya 2013

Monday, November 11, 2013 0 comments


Bermula 2013, demo silat melibatkan KSSG sudah melakukan perubahan dan sedaya mungkin cuba untuk menggunakan sepenuhnya pakaian melayu siap tanjak, sampin dan baju melayu. 

Tambah pula dengan capal dan peralatan lain.


Bila dah ramai buat, tak pelik pula nampaknya.
Gambar di atas sekitar demo di Putrajaya yang semuanya mengenakan baju melayu biasa dan bukan seragam silat.
Read the full story

, , , , , , , , , , , , ,

Kempen Hari Gayong Setiap Sabtu. Hanya Untuk Yang Ikhlas Sahaja.

Sunday, January 02, 2011 9 comments

Jangan Lupa Klik SHARE



Menjelang Tahun Baru baru-baru ini, pihak Kelab ada membuat sedikit perbincangan yang mana di awal tahun ini ada beberapa program awal akan dilaksanakan yang mana akan membuatkan jadual kami padat sehingga Tahun Baru Cina. Program-program yang telah pasti akan dikemaskinikan pada masa terdekat nanti untuk makluman ahli dan juga rakan-rakan seperjuangan serta pendokong seni silat.

Kami mengambil kesempatan yang pertama di awal tahun baru untuk memaklumkan satu CABARAN khas kepada Anak Gayong yang berani menaikkan nama seni silat terutama Seni Gayong sahaja. Yang agak was-was mahupun malu atau tidak berani untuk bersama memperjuangkan disiplin yang banyak mendidik anak muslim, anda tidak patut terus membaca entri ini.

Cabaran dan kempen ini akan dimulakan oleh Anak Gayong di bawah Kelab kami bermula sabtu depan iaitu selepas 07.01.2011, pihak ahli kami akan memakai baju bertemakan/berlambangkan Seni Gayong pada Setiap Sabtu di mana sahaja kami berada kecuali ditempat yang tidak dibenarkan seperti tempat kerja atau sebagainya. Selain daripada itu, pada minggu hadapan Anak Gayong kami akan mula memakai baju Gayong terutama T Shirt pada setiap sabtu sebagai memberikan sokongan kepada seni silat terutama Silat Seni Gayong dan menaikkan kembali nama Seni Gayong di bibir masyarakat Islam Malaysia.

Selain daripada ahli KSSG yang terdiri daripada kanak-kanak, remaja dan dewasa, baju-baju Seni Gayong juga akan dipakai oleh kaum keluarga Anak Gayong serta pasangan mereka apabila mendapat reaksi yang baik tempahan baju T Shirt KSSG 2011.

Kepada ahli-ahli KSSG yang ingin mendapatkan baju korporat mahupun T Shirt KSSG boleh berbuat sedemikian melalui gurulatih gelanggang atau terus di pejabat KSSG di Puchong. Cabaran dan kempen ini hanya untuk semua Anak Gayong yang ikhlas di hati sahaja. Yang pandai cakap sahaja, teruskan dengan mimpi dalam melihat kepupusan warisan disiplin melayu.

Bayangkan kalau semua pakai baju Seni Gayong pada sabtu, tak mengira pertubuhan Seni Gayong kami pasti yang mereka ini akan bertegur sapa dan silaturahim antara kita lebih erat. Cuma persoalannya; Adakah anda berani & ikhlas?
Read the full story

, , ,

"Perigi Mencari Timba" Sekadar Sinetron Orang Melayu Tidak Faham Budaya Sendiri

Wednesday, June 17, 2009 0 comments

"Mana ada perigi mencari timba.. Timba harus mencari perigi. Jangan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong"

Selama dua hari berada di Kelantan atas urusan kerja dan satu perbicaraan di sebuah Mahkamah di Kelantan memberikan saya rezeki berjumpa dengan seorang rakan lama dalam silat.

Semasa kami bertembung pada tahun 2006, saya dah setahun mula aktif balik dalam melatih budak-budak silat setelah lama hanya membantu gelanggang. Ketika itu ada satu persoalan ditimbulkan kepada saya;

Berapa mung akan bertahan ni... Ini negeri orang.

Saya mengambilnya sebagai motivasi dan menjawab pada tika itu;

Budak Gayong boleh bertukar ganti, saya tidak!..

Jawapan saya cukup menyakinkan tetapi tidak pasti beliau percaya atau sebaliknya kepada saya. Kini setelah hampir 4 tahun, kami bertemu di bandar Kota Bharu dan ayat pertama keluar daripada mulut beliau;

Tahniah! aku ada ikut web silat mu..

Cuma beliau musykil kenapa saya cuba hentikan usaha membuka gelanggang dan memperkasakan Silat Seni Gayong atau apa jua namanya. Kalau usaha itu berjaya menarik minat orang melayu kembali malah mampu membuat suatu yang berfaedah, kenapa tidak teruskan.

Saya hentikan cerita mengenai pertemuan rakan lama itu. Saya ingin kongsikan pandangan saya dan kenapa saya ibarat perigi mencari timba yang pernah dilabelkan pada satu ketika.

Orang berkata ADAT silat mana boleh perigi mencari timba maka usaha dan niat saya untuk membuka dan membuka gelanggang dilihat sebagai suatu tindakan yang amat janggal dan dalam masa yang sama saya melihat yang menganggap saya sedemikian sebagai buta mata.

Dulu-dulu memang perigi mencari timba dalam soal silat kerana mana ada gelanggang silat tidak penuh dan sokongan komuniti mana yang tidak percayakan disiplin silat ini. Tetapi kita perlu ingatkan diri kita bahawa melalui pengalaman sejarah yang perit bagi pihak pendatang di tanah melayu ini bermula pada tahun 1511 apabila Portugis mengambil masa 3 hari untuk turun ke darat walaupun bersenjatakan meriam dan melayu hanya dengan senjata tradisi.

Itulah kekuatan Melayu. Bukan pada kejahilannya tetapi pada ketamadun ilmu silat dan akidah Islam yang tinggi. Pantang rendah semangatnya.

Bermula daripada zaman itu, Portugis, Belanda mahupun Inggeris mula merasai kesan penentangan orang Silat di seluruh Nusantara Melayu. Ketika itu silat amat digeruni. Maka secara tidak sedar kita melihat silat itu sendiri mula ditinggalkan oleh orang Melayu atas propanganda bangsa asing dengan menggunakan orang melayu yang bodoh sendiri sebagai boneka dalam menghilangkan gah silat di mata orang Melayu sendiri.

Silat mula dilabelkan sesat, jahil dan tahyul. Media massa juga memainkan peranan yang berterusan daripada dulu sehingga kini yang melabelkan silat dengan kemenyan dialurkan keris melalui asapnya. Ditambahkan dengan gerak kebatinan sahaja dan mentera yang melampau.

Maka silat terus dilabelkan sesat dan bahaya untuk dipelajari. Siapa yang katakan sedemikian? Orang melayu yang kata. Tetapi kita tidak sedar, yang membuat sedemikian adalah propaganda bangsa asing.

Yang mengatakan sedemikian adalah orang-orang Melayu bodoh yang mereka sendiri tidak belajar silat atau pernah belajar aliran yang menyongsang, maka dikatakan seluruh silat itu sonsang.

Mungkin melayu yang bodoh ini hanya pandai buat hukum tetapi tidak tahu mengenai asas silat itu sendiri. Antara asas silat ialah banyak pendokongnya ialah para alim ulama dan pemimpin agama Islam dalam satu-satu komuniti. Cuba sebut nama para pengganas melayu yang pernah menentang bangsa asing. Di situ ada asasnya..

400-500 tahun berlalu, di manakan kita kini? Silat adalah pengemis di tanah sendiri.

Kesannya, anak Melayu tidak terdidik lagi.

Para Melayu ini berkata dengan bangga bahawa nak disiplinkan anak melayu dengan beladiri lain pun boleh.. Ini jawapan amat bodoh.

Asas Silat Melayu adalah bertunjangkan akidah dan bukan adat (setengah orang pentingkan adat) maka lahirlah disiplin melaluinya seperti penekanan solat kemudiannya zikir. Penerapan asas Islam dalam silat adalah jelas dengan tindak tanduk dan kesan selepas silat antara hubungan pesilat dan ibubapa serta masyarakat.

Malah silat juga mengajar doa serta mendoakan para keluarga mereka. Setakat pengalaman saya, tiada apa jua kesan yang baik dari sudut Islam kepada ibubapa selain anak mereka masuk silat. Yang saya pasti kalau Silat Seni Gayong, sebelum buka dan tutup gelanggang kami ajarkan bacaan Quran dan sedekahkan pahala bacaan Quran tersebut doakan kepada ibu bapa mereka.

Setelah berabad, fikiran orang Melayu ditanam dengan sikap negatif mengenai silat maka silat tidak lagi mendapat tempat kecuali bersifat kekampungan semata-mata. Silat pun tidak boleh dikembangkan jauh jika dibandingkan dengan seni beladiri baju putih yang lain. Orang melayu lebih bangga belajar senibeladiri asing sedangkan tiada apa jua elemen Islam diterapkan.

Sebaliknya penjajahan minda membuatkan silat terpaksa dikaji semula dan terpaksa diletakkan satu garis panduan oleh pihak kerajaan. Manakala tindakan senibeladiri lain tidak pernah dikaji dan dipandang negatif. Saya pernah tanya kenapa gambar pengasas seni beladiri itu dipamerkan di hadapan dan ditundukkan oleh pelatihnya? Kenapa kita perlu hormat tunduk? dan beberapa tindakan lain.. pernah kita kaji?

Masa berlalu, senibeladiri lain dah bertapak dengan bangunan tinggi-tinggi. Kerajaan dan badan penguatkuasa sendiri sudah tidak pandang silat walaupun dulu bermatian berperang adalah didikan orang silat.

Jelas kita ketinggalan jauh dan mungkin ketinggalan sejauh 100 tahun kebelakang berbanding senibeladiri lain di Malaysia. Kita boleh bilang bangunan pusat latihan kita dan pusat latihan mereka. Pentadbiran mereka dan Pentadbiran kita. Sistem kewangan persatuan mereka dan kita. Keahlian mereka dan kita.

Berdasarkan pada status merempat ini, adakah wajar kita nak mengekalkan anutan "Perigi tidak mencari timba" . Kita tiada nama dan promosi apa lagi nama baik jika dibandingkan. Orang Melayu sendiri melunyaikan silat. Maka saya berpandangan, elok kita kembangkan kembalikan serta naikkan nama silat agar orang lebih mempercayai silat melayu. Tidak kisah silat apa pun anda.

Pada tahun 2005, saya melihat tiada silat yang aktif di Selangor. Ramai yang boleh kata, ada banyak yang aktif. Aktif di kertas semata-mata kot. Maksud aktif adalah suatu yang boleh dibanggakan oleh masyarakat dan memberikan satu kompetitif kepada senibeladiri luar.

ALhamdullilah, walaupun pelatih sering bertukar, saya dan mereka yang komited berjaya membuat nama Silat Seni Gayong dipandang oleh masyarakat Lembah Klang dan ini dilihat memberikan kesan baik kepada seluruh Pertubuhan Silat Seni Gayong (PSSPGM dan PSSGM). Malah dalam usaha kami, rakan-rakan PSSGM juga banyak membantu dan memotivasikan kami.

Apabila kami mula dipercayai dan nama silat mulai mekar di telinga masyarakat Melayu, itu pun sudah kami banggakan. Tidak kisah apa orang mahu labelkan kami. Kami jalankan tugas moyang-moyang kami dalam mendidik anak Melayu dengan akidah dan syariat Islam. Selebihnya bergantung kepada masyarakat untuk menentukan.

Kami telah berhenti ke sana ke mari membuka gelanggang dan akan menumpukan kepada gelanggang yang sedia ada dan hanya membuka gelanggang atas permintaan masyarakat sahaja. Kali ini, barulah betul-betul "timba mencari perigi".. sebab di sini kami yakin bahawa masyarakat dah tahu di mana perigi dan kualitinya.

shams

Read the full story

,

Adat Menghadap Tapak

Saturday, April 25, 2009 0 comments

Menghadap bertapak dilakukan semasa:
  • Penerimaan / penabalan
  • Memohon izin bergelanggang
  • Memberi hormat kepada majlis

Caranya:
Langkah maju/undur mestilah didahului dengan gerakan kaki kanan disertai angka kiraan (mengikut darjat). Di akhir kiraan mestilah berhenti dengan kaki kanan juga, lalu disusuli dengan duduk berlutut. Ini diikuti dengan kedua tapak tangan dirapatkan dan diacukan ke hadapan kepada yang berkenaan (mengikut darjat) dengan sembah(hormat).

(a)Mengikut darjat bermaksud di antara:

  • yang memberi hormat
  • yang dihormatkan
(b)Duduk berlutut pada ahli silat:
Peringkat Tapak
Pada akhir angka 3 atau 7 langkah maju, duduk berlutut mestilah dalam keadaan lutut kanan dipacakkan dan lutut kiri ditanamkan ke bumi. Begitu juga pada langkah akhir apabila mengundur.
Peringkat Seni
Pada akhir angka 3 atau 7 langkah maju, duduk berlutut dalam keadaan kedua-dua lutut ditanamkan ke bumi dan begitu juga pada langkah akhir apabila mengundur.
Read the full story

,

Upacara Mandi Minyak Silat Seni Gayong

Mandi Minyak adalah suatu adat dan upacara yang terbuka kepada semua peringkat samada Tapak Gayong atau Pusaka Gayong. Mandi minyak ini bukanlah suatu amalan kebatinan mendapatkan kebal yang sering digembar gembur kan oleh pelbagai pihak sehingga silat sering disalahtafsirkan oleh semua pihak. Mandi Minyak merupakan satu amalan tradisi masyarakat Melayu yang mengadakan mandi Minyak bertujuan untuk pengubatan dan menyihatkan badan serta dikatakan mandi minyak ini mampu memberikan suatu daya tahan kepada bisa dan kepanasan.

Mandi Minyak adalah dikawal oleh Guru-guru Tua bermula daripada kelapa dibelah yang mana kesemua kerja-kerja membelah, mengopek dan memasak minyak dibuat sepenuhnya Gurulatih Gayong yang berkeadaan wuduk dan suci dari hadas kecil serta telah bersembahyang sunat sebelum menjalankan kerja-kerja tersebut sehingga selesai. Semasa kerja-kerja tersebut dijalankan, Gurulatih-gurulatih tersebut tanpa henti akan membacakan ayat-ayat alQuran sebagai zikir sepanjang kerja memasak tersebut. Ia adalah bertujuan untuk memohon agar pesilat dapat dididik dengan didikan Quran seterusnya melahirkan Pesilat Gayong yang berpegang teguh pada Quran.

Read the full story

,

Khatam Permainan Lembing Silat Seni Gayong

Perkhataman di air terjun juga merupakan satu lagi adat-istiadat Seni Gayong khususnya diadakan bagi murid-murid yang telah tamat mempelajari pelajaran Seni Lembing. Seperti permainan keris, permainan lembing juga mempunyai rahsia dan nilai seni yang berbeza daripada senjata-senjata lain. Permainan lembing dikaitkan dengan Megat Terawis, seorang pendekar negeri Perak kerana kepakarannya bermain lembing. Dalam permainan Lembing ini, terdapatnya Asas, elak, buah lembing (tikam, rejam, sula dll) dan pentas lembing.

Apabila tamat permainan ini dan pesilat sudah mahir maka satu upacara perkhataman lembing akan dilakukan di mana-mana air terjun oleh guru.
Read the full story

,

Khatam Permainan Keris Silat Seni Gayong

Upacara perkhataman seni keris diadakan di laut (di tepi pantai). Perkhataman di laut merupakan salah satu adat-istiadat Seni Gayong dan juga merupakan cubaan atau dugaan terakhir kepada murid-murid Gayong setelah mereka tamat latihan menggunakan senjata tikam seperti keris. Keris mempunyai keistimewaan dalam sejarah Melayu kerana ia lambang kekuatan dan kependekaran pahlawan-pahlawan Melayu zaman silam, misalnya Hang Tuah lima bersaudara. Permainan keris mempunyai rahsia dan nilai seni yang halus lagi tersendiri serta tidak sama dengan senjata-senjata lain. Malah permainan senjata keris Melayu adalah amat berbisa dan amat susah menangkap lawan yang hebat bermain keris.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk upacara Khatam Keris:

  • Ayam (seekor) - bagi jamuan pesilat
  • Bunga (tujuh jenis,tujuh warna) - mandian
  • Sirih pinang berkapur gambir -makanan tradisi
  • Pisang emas (sesikat) - jamuan
  • Kuih-muih Melayu(tujuh jenis) -jamuan
  • Lilin (sebatang) - penerangan kegelapan
  • Pulut putih/kuning (sepiring) -jamuan
  • Limau nipis/akar sintuk - mandian
  • Rokok daun bertembakau (segulung) - tradisi
  • Pelepah pisang - tradisi
  • Sehelai daun kelapa
Sesetengah tempat menambah sebilah keris kayu sebagai replika keris yang dimiliki oleh pesilat sebagai hanyutan ke laut. Tetapi ada juga guru tidak menggunakan lagi tradisi itu kerana bimbang mengenai pandangan masyarakat mengenainya mahupun suatu penerangan logik dan religus atas tindakan tersebut.
Read the full story

,

Adat Perlimau Tapak & Seni Dalam Silat Seni Gayong

Silat Seni Gayong adalah bersendikan adat. Jadi setiap orang yang menjadi ahli harus pula menjalani upacara mandi perlimau adat sebagai memenuhi syarat penerimaan sebagai murid Gayong. Di samping itu setiap bakal murid yang akan menjalani upacara mandi adat ini perlu menyediakan pengeras yang berupa wang tunai. Walaupun pengeras ini adalah hak Mahaguru / warisnya sebagai satu ikrar halal-menghalal di antara Mahaguru dangan muridnya, namun ia tidak diberatkan kepada mereka yang tidak mampu.

Di dalam Pusaka Gayong, kebanyakan daripada alatan untuk adat Gayong dikurangkan bagi mengelakkan apa jua penyelewengan dan tanggapan buruk pada akidah pesilat itu sendiri yang mana tindakan ini diambil apabila beberapa perbincangan dibuat dengan para bijak pandai Islam.

Adat-istiadat yang perlu ditempuhi oleh setiap pelatih ialah Perlimau Sintuk Tapak bagi pelatih lelaki dan Perlimau Sintuk Seni bagi pelatih wanita. Pengkeras yang dikenakan adalah seperti berikut:

  • Perlimau Sintuk Tapak
    • RM11.50
  • Perlimau Sintuk Seni
    • RM11.50 (wanita)
    • RM21.00 (lelaki)

Peralatan Mandi Perlimau Sintuk Tapak/Batu Putih/Buyung

  • Sesisir pisang emas - jamuan
  • Sebiji limau nipis - mandian
  • Akar sintuk -mandian
  • Asam jawa - makanan pesilat
  • Garam halus - makanan pesilat
  • Kemenyan - tidak diguna pada masa ini
  • Bertih beras - tidak diguna pada masa ini
  • Tujuh pucuk jarum - tidak diguna pada masa ini
  • Pengkeras sebanyak RM11.50 - hak guru

Dalam upacara ini, pelatih dikehendaki bersih daripada hadas kecil dan besar(berwuduk).

Peralatan Mandi Perlimau Sintuk Seni

  • Sesisir pisang emas - jamuan
  • Sebiji limau nipis - mandian
  • Akar sintuk -mandian
  • Asam jawa - makanan pesilat
  • Garam halus - makanan pesilat
  • Kemenyan - tidak digunakan pada masa ini
  • Bertih beras - tidak digunakan pada masa ini
  • 21 pucuk jarum - tidak digunakan pada masa ini
  • Tujuh jenis kuntuman bunga - mandian
  • Sebatang lilin putih - tidak digunakan pada masa ini
  • Pengkeras sebanyak RM21.00 - hak guru
Bagi wanita, peralatannya adalah sama dari angka 1-9. Sebagai tambahan untuk wanita:
  • Sekapur sirih lengkap dengan ramuannya - makanan pesilat
  • Pengkeras sebanyak RM11.50

Peringkat Perlimau Sintuk Seni merupakan peringkat penuntutan ilmu ke peringkat yang lebih tinggi lagi. Pelatih akan memperoleh perbezaan dalam penuntutan ilmu (dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setinggi mana yang mampu, termasuklah bermain apa jua senjata -( tertakluk kepada syarat-syarat tertentu), kedudukan, dan mulai memegang tanggungjawab dalam melatih dan mengembangkan Gayong.

Pada peringkat Perlimau Sintuk Tapak, pelatih hanya dibenarkan mempelajari ilmu Silat Seni Gayong setakat pelajaran Tapak Gayong sahaja.
Read the full story