,

Jawapan Kepada Email (5): Status Cikgu Shams & KSSG

Monday, April 20, 2009 Leave a Comment

Maaf. tlg jelaskan kedudukan cg dalam psspgm. adakah ingin b'giat dalam psspgm atau adma - SMS on 18.04.2009

Saya terima soalan tersebut daripada SMS tersebut pada 18.04.2009 semasa saya di Masjid AsSalam di waktu Maghrib. Saya lihat ada misscalled nombor yang sama pada petang tersebut semasa saya mengendalikan kelas di Gelanggang Awam Puchong Perdana.

Saya menghargai niat baik SMS tersebut. Mungkin ada penulisan saya yang memberikan pemahaman berbeza terhadap pembaca. Apa pun respon sedemikian daripada para pembaca amat saya hargai.

Saya berGayong sejak 1988 tetapi secara rasmi diperlimau sintukkan pada tahun 1992-93 oleh Cikgu Awang bin Daud atas nama PSSPGM. Semenjak daripada mula berGayong sehingga kini, saya dan mana-mana pelatih saya adalah berlatih ddi bawah PSSPGM sehingga kini.

Saya mula membantu mengajar pada 1994 sehingga 1995 juga di gelanggang-gelanggang PSSPGM. Kemudian memegang gelanggang sendiri bermula pada 1995 sehingga 1998. Kesemua 11 Gelanggang yang saya membantu dan mengajar termasuk beberapa gelanggang Arwah Zulkarnain Awang pada masa tersebut adalah di bawah PSSPGM. Kesemua gelanggang saya adalah membayar yuran pendaftaran dan tahunan kepada Negeri Kelantan dan diberikan kepada Pusat PSSPGM sebagaimana termaktub mengikut perlembagaan PSSPGM.

Pada tahun 1999 sehingga 2004, saya menyerahkan gelanggang saya kepada PSSPGM Jalan Pekeliling pada masa itu dan digantikan dengan gurulatih lain kerana berada di UKM bagi bagi pengajian Sarjana Muda dan Sarjana. Dalam masa yang sama saya masih lagi bergiat selaku pembantu gurulatih PSSPGM Kelantan.

Tahun 2004 dan 2005 saya membantu gelanggang PSSPGM Shah Alam dan turut berlatih di bawah Cikgu Rasip di Kepong. Atas jarak yang jauh saya tidak lagi berlatih di sana setelah buka gelanggang pada 25.12.2005 di Puchong Indah. Kesemua gelanggang saya hadir adalah di bawah PSSPGM sahaja.

Berkenaan yuran pendaftaran dan tahunan, saya juga membayar terus kepada pusat PSSPGM sehingga kini. Bagi tahun 2006 dan 2007 (sekali bayar) pembayaran dibuat tunai oleh saya kepada PSSPGM Pusat, 2008 secara cek dan diposkan. Pembayaran tidak mengikut peraturan perlembagaan secara khusus kerana saya berjanji dengan Pakndak Majid pada 24.10.2005 untuk memberikan RM2.50 satu kepala sebagai sumbangan berbanding 25% menurut perlembagaan adalah lebih rendah.

Konklusinya, saya membantu mengajar, mengajar dan membayar yuran tahunan dan pendaftaran kepada PSSPGM maka adalah tegaskan bahawa kami di sini daripada dahulu juga bergiat di bawah PSSPGM. Kami memakai lambang PSSPGM tetapi melabelkan Silat Seni Gayong dalam penulisan kami bagi hasrat perpaduan Gayong.

Namun kami juga tegaskan bahawa pendirian kami adalah tegas bahawa Silat Seni Gayong adalah satu dan tidak patut dibezakan. Oleh yang sedemikian, kesemua aktiviti kami turut melibatkan PSSGM dan mana-mana anak Gayong daripada Pertubuhan lain. Malah sebagai saudara, pihak kami sering dijemput secara rasmi oleh PSSGM di Lembah Klang dalam apa jua program mereka semenjak 2005. Perkara yang sama kepada ADMAA.

Selain itu, kami tidak prejudis kepada mana-mana pihak pertubuhan Gayong selain PSSPGM malah tidak kekok untuk bersahabat dan melawati mana-mana guru Gayong di bawah pertubuhan yang berbeza. Ini pernah dinyatakan kepada Pakndak Majid, malah beliau turut menyokong dan mengamanahkan saya pada tahun 2006 agar bertemu dengan kesemua orang lama Gayong sementara berpeluang berbuat sedemikian.

Cuma berkenaan penulisan saya, sekiranya saya tekankan beberapa tokoh daripada PSSGM, itu maknanya saya menghormati kesemua pihak yang bersaudara atas nama Gayong. Mengenai Cikgu Awang bin Daud, saya harap semua pihak faham bahawa beliau adalah antara guru saya semasa di Kelantan. Hubungan beliau dan isteri dengan saya serta keluarga saya adalah bukan terikat semalam. Rasa hormat saya kepada beliau lebih bertambah pada suatu ketika beliau berpesan agar terus kekal dengan PSSPGM dan membantu menaikkan nama PSSPGM di Lembah Klang.

Nota: Gambar adalah Paksu Awang dan Maksu mendukung anak saya pada Oktober 2008 semasa singgah di Gurun selepas melawat saudara di Pendang, Kedah.

7 comments »

  • Gayong Pusaka Subang Perdana said:  

    SALAM GAYONG...KLU CIKGU SHAM NAK TAHU MESSAGE TU SEBENARNYA DARI CIKGU KASTURI..CIKGU SHAM X TAHU KE NO FON CIKGU KASTURI?KLU CIKGU X PERCAYE CIKGU CALL LE NO TU...CIKGU KASTURI AMAT NANTIKAN PANGGILAN DARI CIKGU SHAM...SALAM...


    -ANAK GAYONG GURUN...

  • Anonymous said:  

    Inilh rupernya org yg dok cucuk semua bender tak elok pasai cikgu hisham kat kedah~ apa nak jadi ni~ org dengki pakat siapa lagi bagus~ bkn dengki nak lipat sama seniri.

  • Anonymous said:  

    TU BKN GLATIH SUBANG PERDANA KER

  • adli gayongkl1997 said:  

    "CIKGU KASTURI AMAT NANTIKAN PANGGILAN DARI CIKGU SHAM...SALAM..." suke saya kat ayat tuh

  • Anonymous said:  

    Fuck Cikgu Kasturi Puki - anak Gayong Perak

  • Anonymous said:  

    Per Hal bro, cer citer

  • Anonymous said:  

    top post ni biler cg sham letak dlm FB

  • Leave your response!