Jawapan Kepada Email (6): Kualiti Anak Gayong

Wednesday, April 22, 2009 Leave a Comment

Apa pndangan Cg mengenai kualiti anak Gayong masa sekarang?
- IM on 21.04.2009

Pesanan terus tersebut ditujukan kepada saya beberapa hari lepas dan telah dijawab secara pendek kepada beliau. Terima kasih kepada Anak Gayong yang menanyakan soalan tersebut. Soalan berkenaan mengenai pandangan saya sahaja, maka apa jua pandangan saya mungkin ada perbezaan kelak dengan mana-mana pihak. Apa pun kita perlu melihat maksud kualiti itu sendiri.

Kualiti banyak boleh didefinisikan oleh Gurulatih, samada ia berkualiti dari sudut silibus, kecekapan, pantas, kehebatan mahupun daya tempurnya. Kualiti sedemikian tidak pernah saya lihat dan menjadikan kayu ukur kepada kualiti saya walaupun ia turut ditekankan dalam latihan. Bagi saya, kualiti yang cuba kami lahirkan adalah selaras dengan matlamat kami pada masa ini. Maka saya melihat kualiti dalam beberapa bentuk;

  • Pertama, samada Anak Gayong tersebut komited dalam Silat Seni Gayong dalam meluaskan nama Gayong itu sendiri seperti terus menerus membantu dalam menaikkan nama Silat Seni Gayong;
  • Kedua, bagaimana pembawaan dan sikap Anak Gayong yang terhasil daripada latihan yang diberikan samada mereka jenis yang berbudi pekerti, sopan, Islamik, rendah diri dan kenal Tuhan;
  • Ketiga, kualiti daya tahan dalam mengembangkan Gayong melalui pengajaran yang berterusan. Komited dan komitmen yang ditunjukkan melalui gelanggang-gelanggang mereka;


0 comments »

Leave your response!