Orang Lama: Cikgu Awang bin Daud (Paksu Awang), Gurun

Thursday, April 16, 2009 Leave a Comment

Cikgu Awang bin Daud (Paksu Awang)
Kg.Sg Ibor, Gurun.Kedah.
Tel: 012-5399577 (Awang Daud) 012-5963587 / 012-4005192 (Adi)

_______________________________

Nama ini cukup saya kenali memandangkan ini antara guru saya yang pernah membimbing saya di Kelantan di zaman awal 90an dahulu. Selain daripada tangan beliau, Arwah Zul juga sempat mengajar saya dan kebanyakannya dilatih oleh Ustaz W.M.Hafiz.

Nama beliau cukup dikenali kerana mempunyai anak murid yang amat ramai dan boleh dikatakan menerima amanah daripada Arwah Mahaguru untuk mengajar di serata Malaysia semasa di awal perkembangan Gayong dahulu. Beliau juga pernah digelar sebagai "Harimau Gurun" semasa aktif dalam MuayThai kerana tidak pernah kalah di dalam pertandingan Muay Thai sebelum menyertai Gayong.

Namun, beliau amat lama di Kelantan iaitu melebihi 24 tahun untuk menjalankan amanah daripada Arwah Mahaguru agar Gayong bertapak kukuh di sana. Ini boleh dilihat walaupun pengaruh didikan beliau di Kelantan amat dirasai walaupun Gayong boleh dilihat dalam beberapa pertubuhan di Kelantan termasuk Pertubuhan Gayong Tiga Kalimah tetapi rasa hormat anak murid kepada guru mereka tidak pernah luntur malah semua guru lama di Kelantan masih mengunjungi beliau di Gurun bagi bertanya khabar mahupun atas dasar ilmu.

Lagi menarik apabila boleh dikatakan beliau amat tidak lokek dengan ilmu beliau dengan syarat sanggup menerimanya. Kehidupannya yang low profile tidak menampakkan beliau sebagai seorang guru Gayong yang dihormati ramai mahupun seorang guru Gayong yang amat digerunni kerana 'cengil' nya.

Namun yang amat menarik mengenai guru saya ini, sehingga ke hari ini beliau masih menyarung baju silat bagi mengajar, membimbing dan menunjukkan buah-buah silat kepada generasi baru. Biarpun ramai mana dan sehebat mana muridnya, beliau masih kelihatan menyapu, mengemas dan meyusun peralatan silat di gelanggang beliau yang kini dibuat khas di hadapan rumah beliau. Komitmen beliau daripada awal menyertai Gayong sehingga kini amat sukar ditandingi oleh generasi kini.

Sebagai seorang gurulatih muda yang pernah dilatih oleh Cikgu Awang Daud, saya amat menyukai sikap didikan kegurulatihan beliau. Apa jua yang saya buat semua bagus dan betul, lepas tu dia pusing dan bisikkan di telinga tepi saya "rasanya lepas tu ada sepak kan?" Saya pun jawab "Memang saya ajar gitu, tapi budak tu lupa!".. Lepas sahkan, baru beliau mula marahkan pelatih saya dan sekali gus memuji saya sebagai gurulatih.

Dari segi senioriti pula, walaupun beliau seorang murid kesayangan Arwah Mahaguru, guru saya dan orang 'besar' dalam Gayong tetapi beliau tidak pernah dan tidak akan memasuki gelanggang silat saya untuk menunjukkan buah silat atau apa-apa pembetulan kepada buah yang diberikan oleh saya. Sebaliknya saya hanya kena lepas semua dah bersurai. Kena tegur sajalah..

Beliau hanya memasuki gelanggang menunjukkan buah apabila saya memohon beliau berbuat sedemikian atau diadakan satu slot untuk beliau. Tetapi perasan atau tidak, beliau jarang menunjukkan buah silibus kerana beliau risau sekiranya buah yang ditunjukkan itu akan memberikan perbezaan dengan apa yang diberikan oleh gurulatih, ini akan mengaibkan kegurulatihan saya mahupun gurulatih lain.

Bab bagi buah pulak, beliau suka pilih gurulatih sebagai mangsa. Dia selalu kata, "Merah semua boleh tahan ni!". Merasa buah orang lama memang lah sakit dan kekadang ada juga ketidakbelas kasihan itu wujud semasa buah buah ni. Tapi yang menarik kekadang dia buat kat pelatih putih dan hijau terlebih dahulu.. selepas itu dia kata "Mari gurulatih la senang sikit, dia kuat!" Padahal kekadang dia buat lebih slow daripada apa yang budak putih dan hijau kena. Impaknya beliau ingin menjaga nama dan status gurulatih agar terus dihormati dan disegani.

Sekarang ini beliau banyak bersilat dengan nama ADMAA atas beberapa alasan yang perlu ditanya kepada beliau sendiri.




6 comments »

  • Azraie (Anak Gayong Lama) said:  

    Respek pada Awang Daud. Saya pung tertanye2 knp beliau lebih akif dalam ADMAA berbanding Gayong Pusaka. Sy dengr cerita dripd seorg blackbelt pusaka kelantan kata dia dah kena pecat.betulke

  • admaa gurun said:  

    ADMAA dgn silat gayong tetap bersatu seperti dulu, tetapi pelajaran ADMAA lbh kpd yg ringkas2 ataupun dikenali sebagai buah kombat. Silat byk menjurus kepada seni. walaubagaimanapun ADMAA dan pusaka gayong masih berada di bawah satu payung.cuma org yg suka mengemburkan cerita bahawa ADMAA dan Pusaka Gayong tak sehaluan lagi.

  • SH said:  

    Silibus ADMAA masih banyak sama dengan apa yg ada dalam silat...

  • Unknown said:  


    An outstanding share! I have just forwarded this onto a coworker who was conducting a little homework on this. And he actually bought me breakfast simply because I stumbled upon it for him... lol. So allow me to reword this.... Thanks for the meal!! But yeah, thanx for spending time to discuss this matter here on your site. paypal login

  • Theodor said:  

    A home is definitely more than just a spot to live, additionally it is an integral part of our financial lives. books

  • Frances said:  

    The results will provide you with a general idea of the basic mortgage amount and payment amount based upon the knowledge you have entered. canadian mortgage calculator In addition with a really good rate, we are also interested in providing great service, in the highly professional and trustworthy manner that earns clients' respect. canada mortgage calculator

  • Leave your response!