Perbezaan Silibus Silat Seni Gayong itu menyeksakan atau menyeronokkan?

Monday, April 20, 2009 Leave a Comment

Topik menarik yang di utarakan oleh sahabat saya yang cukup dikenali dalam dunia maya Gayong sebagai Tok Dukun Pun Pengsan (TDPP).
______________________________

Bagi saya menyeronokkan. Apabila ilmu itu diperolehi dan kami tambahkan sebagai silibus mestipun ilmu itu kami dapatkan dengan harga yang mahal dari sudut kewangan kerana kursus dengan gurulatihnya mahupun mahal dari sudut pengalaman kerana kebanyakkan kami terkehel tangan dan kaki untuk memperolehi ilmu tersebut.

Kami menumbuk dan menyepak kaki kami kepada guru atas risiko sendiri bagi dapatkan ilmu dan kami tidak kedekut untuk berkongsi dengan org lain dengan 'harga yang lebih murah' daripada apa yang kami dapat.

ada ilmu yang diturunkan semakin hilang. ada yang diturunkan mempunyai perbezaaan tertentu yang mana ada juga berbeza 100%. seronok kalau tahu semua. Simpan nak jadi hebat tapi ilmu itu bukti ketamadunan Melayu yang tinggi dalam sudut ilmu.

Ada beberapa ilmu yang kami telah serapkan kepada silibus kami seperti;
  • Buah Cekik (Ada 2 versi lama yang mengandungi 21 jenis tangkapan);
  • Asas Siku (2 versi lama mengandungi 15 pergerakan);
  • Asas Rantai (Asasnya menyerupai tetapi tidak sama dengan cindai);
  • Pecahan Pukulan 1 & 2 ( dikatakan diajarka oleh Arwah Dato' kepada beberapa guru lama dan bukan pecahan gurulama sendiri)
  • Pentas Kunci 8-21 ( Kesemuanya ada 4 pentas x 7 buah)
  • Dan beberapa yang lain yang tidak perlu dinyatakan.

Pihak saya percaya banyak gurulatih lama ada ilmu yang diajarkan oleh Arwah Dato' tetapi tidak disilibuskan, maka pihak saya amat berharap sekiranya ilmu yang tidak disilibuskan ini boleh terus diperturunkan agar generasi baru sedar mengenai martabat keilmuan melayu lama dalam mengenali tamadun ilmu melayu melalui Silat Seni Gayong.

Selain daripada itu, saya juga berharap dengan usaha berterusan dalam mengenali lebih ramai guru lama Gayong, akan memberikan kesan dan pengalaman yang luas mengenai ilmuan yang semakin hilang ini. Ilmu ada di luar sana tetapi generasi muda tidak menghargai orang lama.

Sifat generasi muda (merujuk kepada semua pertubuhan Gayong) ramai tidak menghormati orang lama cukup membuatkan orang lama jelek dan rajuk kepada generasi Gayong kini sehingga membiarkan generasi muda mengemudikan Gayong tanpa hala ilmu yang baik. Kesannya, orang lama Gayong lebih suka duduk rumah melayan cucu daripada hadir untuk apa jua majlis Gayong.

0 comments »

Leave your response!