, ,

Pertubuhan dan Aliran Gayong

Thursday, June 25, 2009

Boleh tolong jelaskan pertubuhan Gayong yang diketahui?

Secara peribadi saya ingin katakan bahawa setiap aliran dan perpecahan Gayong kini jelas dan antara pertubuhan yang masih mengekalkan adat dan aliran yang lebih dikenali ialah PSSPGM dan PSSGM sahaja. Manakala yang lain tidak banyak input diperolehi.

Jangan melihat ia sebagai perpecahan tetapi melihatlah ia bagaimana untuk digabungkan sebagai satu Gayong walaupun terdapat perbezaan pandangan dan jalinkan silaturrahim agar hubungan Gayong ini tidak putus.

Janganlah mengata dan terus mencemuh mana-mana pihak agar kesinambungan akan terus bertaut di kemudian hari. Yang tua akan pergi, yang muda akan mengemudinya kelak. Kalau yang muda disumbat dengan idea yang buruk mengenai gayong, maka sampai bila kita akan bermusuh.

Apa yang saya ingin nyatakan di sini adalah beberapa fakta yang boleh diperolehi melalui internet sahaja yang mampu diperiksa oleh anda sendiri. Saya kumpulkan untuk pengetahuan sahaja dan rujukan kita.

Selain daripada apa yang nyatakan di sini, terdapat lagi pengetahuan saya mengenainya tetapi tidak dapat saya katakan kerana tidak ada dinyatakan di dalam internet. Maka saya takut percanggahan pandangan mengenainya mahupun kewujudannya. Sebarang pembetulan boleh dinyatakan kepada kami.

Antara beberapa Gayong yang didaftarkan atau di jalankan di Malaysia adalah seperti berikut;

  • Pertubuhan Seni Silat Gayong Pesaka Malaysia
Lebih dikenali sebagai Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM), berpusat di Kedah dan diterajui oleh Pandak Majid bin Mat Isa

  • Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia
Berpusat di Kuala Lumpur yang mana dijaga oleh ADMAR sehingga akhir hayatnya. Didaftarkan di Johor dengan bantuan Dato Onn Jaafar

  • Silat Seni Gayong Warisan Serantau
Berpecah selepas Mesyuarat Agung PSSGM tahun 1994 dan didaftarkan. Selebihnya mungkin pihak yang lain boleh membantu.

  • Silat Seni Gayong Sundang
Wujud di Pulau Pinang dan berasal daripada aliran Gayong juga. Ketahui sebelum ini dan diakui kewujudannya. Pakndak Majid pernah menyatakan perkara yang sama kepada saya dan pernah menghadiri majlis Gayong Sundang.

  • PASAK
Lahir di Singapura selepas peninggalan ADMAR dari sana dan terpaksa didaftarkan atas kehendak semasa. Ini bukan berlaku kerana krisis atau perpecahan Gayong. Dipiimpin oleh Pak Hussin Kaslan

  • Awang Daud Martial Art Academy (ADMAA)
Secara peribadi saya melihat ia masih lagi sebagai Silat Seni Gayong yang mana masih mengamalkan sedemikian. Diasaskan oleh Cikgu Awang Daud pada sekitar 93/94 tetapi direhat pada sekitar tahun 98-2000 sehingga diaktifkan semula kini. Kenapa?

  • Pusaka Gayong Nusantara
Ia baru diletakkan melalui blog mereka. Yang mana dipengerusikan oleh Cikgu Agus bekas Pengerusi Pusaka Gayong Malaysia cawangan Jalan pekeliling. Manakala orang tuanya adalah Pak Alang. Dilihat dari sudut Pak Alang, ia masih bergiat di bawah Pusaka Gayong Malaysia. Beliau juga hadir di majlis Adat pada 01.05.2009 tempohari. Lain-lain fakta tidak dapat dinyatakan.

  • Kelab Silat Seni Gayong (KSSG), Subang Jaya
Ini kami yang mana didaftarkan atas keperluan dengan pihak Pesuruhjaya Sukan dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Menjalankan Silat Seni Gayong di bawah Pusaka Gayong Malaysia dan silibus adalah Pusaka Gayong yang dikumpulkan melalui latihan di Kelantan.

  • Silat Seni Gayong Tiga Kalimah

Ini dikembangkan oleh Cikgu Rajab atau lebih dikenali diseluruh Kelantan sebagai Pak Jab. Dahulunya berpusat di Kg. Tikat, Kota Bharu dan kini berpindah ke Kg. Panji, Kota Bharu.

  • Gayong PERWANIT

Ia ditubuhkan di Singapura dan terdahulu daripada PASAK atas desakan kerajaan setempat bagi mendaftarkan pertubuhan-pertubuhan sebegini. Masih dikembangkan dan masih wujud di Singapura.

Beberapa kumpulan lan tidak dapat saya nyatakan kerana tiada maklumat tambahan melalui internet.