, , , , ,

Cikgu Haji Omar & Pusaka Gayong Terengganu

Saturday, June 27, 2009 Leave a Comment

Pihak kami ada menulis sebelum ini mengenai lawatan Cikgu Haji Omar ke gelanggang pusat kami di Puchong [klik di sini]. Manakala 2 minggu lepas, pihak kami pula berkesempatan singgah di Gelanggang Pusat PSSPGM Terengganu. Kami anggap ini kunjungan balas. Tapi lain kali akan singgah lagi. Sampai dah petang, gambar gelap sikit.

Banyak poster mengenai Islam dan keagamaan dilekatkan di dinding gelanggang. Menurut Haji Omar, ini bagi mendidik Anak Gayong Terengganu lekat dengan ajaran Islam dan secara tidak langsung mendidik hati-hati mereka mengenai akidah dan syariat.

Dinding gelanggang silat milik PSSPGM terengganu di bawah kelolaan CIkgu Haji Omar. Selain mengajar silat, gelanggang ini turut menganjurkan kursus ibadah haji, umrah dan program keagamaan yang lain. Selain daripada itu, gelanggang ini turut menyediakan penginapan dan beberapa perkhidmatan yang lain.

Cikgu Haji Omar atau lebih dikenali sebagai Pok Omar oleh Anak Gayong (PSSPGM) di Terengganu. Beliau merupakan orang nombor satu PSSPGM di Negeri Terengganu dan berpusat di Bukit Tunggal, Kuala Terengganu. Kami tidak tahu sehandal mana dan setinggi mana ilmunya. Tetapi kami bangga ilmunya dapat memberikan kesan kepada sifat rendah dirinya dan mendidik Anak Gayong ke arah Islam. Itu kami cemburu dan akan cuba tandingi..

9 comments »

  • Ayoh Ngoh Shi said:  

    Maaf tuan, bukan Durian tunggal...tapi, Bukit Tunggal . ( area Pulau Duyung tempat Monsun Cup diadakan @ di akhir jambatan sultan Mahmud )

  • adviser said:  

    Bukit tunggal

  • SH said:  

    Terima kasih. Dah tukar. Bila nak buat rombong ke Terengganu ni.

  • mr.smart said:  

    ayoh ngoh shi ni zairadi ke?

    Jawa Johor Fighter

  • SH said:  

    Cikgu Asshirazi rasanya... kenal ka?

  • Anonymous said:  

    saya mencari gelanggang dekat kl...

    berdekatan rumah...
    di bdr sri permaisuri....
    aizat_fariq@yahoo.com

  • cempakawali said:  

    lamer x tgk ayahanda Pok Omar..Insya Allah g basal dgn bunga rajawali yg diminta tu..kita bertemu dan berpisah kerana Allah..tu yg selalu pok ucapkn pd saya..

  • Iqbar said:  

    Assalam saya nak tanya kat mana gelanggang silat gayong too ye.. Sbb sy dah lama cri gelangga gayong kat area trngganu

  • Unknown said:  

    Kalau dari pusat bandar,selepas jambatan sultan mahmud betol2 belah kiri dekat trafik light bukit tunggal..

  • Leave your response!