, , ,

Latihan Khas Tongkat - Bandar Pusat Puchong Pada 18.07.2009

Monday, July 20, 2009


Setiap sabtu malam, latihan di Bandar Pusat Puchong ataupun pejabat urusan dan latihan KSSG akan dijalankan oleh saya sendiri dan latihan pada sabtu malam adalah bebas dan terbuka kepda semua pelatih kami sahaja tanpa mengira bengkung dan tahap kecekapannya.

Latihan adalah berbentuk latihan pecahan sebagaimana yang diinginkan oleh pelatih dan dibuat dalam bentuk mudah dan senang dipelajari. Ini adalah bagi meng-kreatif-kan Anak Gayong kami dan memahami pecahan dan pergerakan Gayong yang mana ilmunya amat luas serta bagaimana penggunaan teknik tertentu yang telah dipelajari.

Dalam latihan sebegini, Anak Gayong lebih kreatif dan mampu menghasilkan pecahan dalam bentuk pukulan dan kuncian yang lebih banyak berdasarkan teknik dan asas silibus yang dipelajari sebelum ini dalam pelbagai bentuk serangan dan contoh penggunaan senjata.

Semalam terdapat 7 orang pelatih hadir dan mahu berlatih pisau dan simbat tetapi oleh kerana majoriti mahu pelajari asas simbat maka latihan simbat dijalankan semalam. Mungkin kerana beberapa minggu telah dibuat latihan pisau.

Seperti biasa, latihan adalah amat mudah dan penumpuan dibuat kepada 3 peringkat iaitu; Pertama- Elakan tanpa gerak. Kedua- Buang/Pukul dan Ketiga- Rampas senjata & Matikan musuh.

Latihan selama 2 jam ternyata memberikan kesan baik dan mampu dilatih bagi membuat teknik yang laju, kemas dan tangkas. Cuma kekadang pengalaman dan latihan yang sedikit dalam simbat masih mendatangkan gerun. Malah kesemua daripada mereka masih lagi di bawah kelayakan mempelajari simbat. Tetapi selepas 2 jam latihan, badan musuh (rakan yang menyerang) dihentak dan dibuang sesuka hati tetapi dalam masa yang sama telah mampu membaca kemampuan musuh (rakan malam itu) dalam soal menyerah dan sakit.

Latihan bertambah seronok apabila kesemua musuh malam tersebut terpaksa menyerah dan membuang tongkat dan terpaksa menepuk lantai dengan kuat akibat sakit. Muka masing-masing berubah dan tangan mula digosok-gosok tetapi sedikit pun tidak mengubah mood untuk belajar dan mengemaskan lagi gerakan mereka.

Latihan dihentikan pada jam 11.45 malam setelah 2 1/2 jam berlatih. Latihan ditutup dan pihak kami sempat kenduri 7 biji durian. Seperti biasa, semuanya ada sponsor.