, , , , , ,

Gambar Sekitar Kembara KSSG (2) 2009 - Silat Seni Gayong PASAK, Singapura

Monday, July 20, 2009

Kembara dan lawatan kepada Seni Silat Gayong PASAK di Singapura dibuat secara ekslusif selama 2 hari yang mana hari pertama dibuat kepada gelanggang luar PASAK yang mana sempat bertemu Cikgu Ismail & Isteri beliau yang mana telah mencecah umur separuh abad dan kedua-duanya sempat bergayong dengan ADMAR di Singapura.

Manakala lawatan hari kedua ditumpukan kepada lawatan peribadi kepada Cikgu Rahim Hussain (pewaris dan peneraju utama PASAK) dan Pak Hussain Kaslan selaku salah seorang anak murid kesayangan ADMAR dan Anak Gayong asal daripada 7 murid ADMAR di Singapura.

Cikgu Ismail sedang menunjukkan cara dan teknik buah kepada Anak Gayong. Cikgu Ismail nampak muda tapi umur lebih kurang 55 tahun. Nak awet muda? Sila jumpa KSSG. Ambil borang & belajar Gayong.

Umur lebih separuh abad, bengkung hitam berchula 5, masih menyarung baju silat dan mencurahkan ilmu di gelanggang secara terus.

Siapa yang ada bengkung hijau ke atas tetapi tidak mari latihan atau tidak membantu mahupun mengajar ataupun tiada gelanggang langsung tu, bolehlah fikir untuk bakar baju silat, bengkung dan sijilnya. Malu kepada orang lama, nampak kita pandai cakap saja.

Isteri Cikgu Ismail turut setia membantu beliau sehingga kini. Isteri beliau berbengkung kuning. Anda pernah tahu standard bengkung merah, kuning dan hitam Pak Hussain Kaslan?

Cikgu Ismail antara Gurulatih berbengkung hitam dari zaman ADMAR dan diuji lagi oleh Pak Hussain Kaslan. Beliau antara yang sempat berguru dengan ADMAR pada zaman muda beliau dan selalu sudi memberikan tubuhnya kepada ADMAR untuk tunjuk buah.

Cikgu Azlan, bekas jagoan silat Singapura satu ketika dahulu yang kini menumpukan perhatian kepada barisan kepimpinan Gayong PASAK di Singapura. Terima kasih atas kerjasama dan bantuan pihak Cikgu Azlan semasa lawatan dibuat oleh wakil kami tersebut.

Wajah terkini Pak Hussain Kaslan yang mana satu-satunya daripada 7 murid asal ADMAR di Singapura masih hidup. Pak Hussain kini tidak mampu lagi berjalan dan bangun serta pendengaran yang makin berkurangan. Tetapi bila dilawat, terutama pihak generasi muda seperti kami, beliau bersemangat dan mahu dibangunkan. Anak beliau, Cikgu Rahim menyatakan bahawa bapa beliau kini agak tenat tetapi atas lawatan dan soal silat, beliau amat-amat 'bersemangat'.

Gambar di atas adalah Pak Hussain Kaslan bersama anak beliau, Cikgu Rahim dan Bendahari KSSG, Cikgu Abu Hassan

Salah satu potret Pak Hussain Kaslan yang dihadiahkan oleh Gelanggang PASAK Johor pada tahun 1992.

Laporan lanjut akan dikemaskinikan oleh Cikgu Abu Hassan dalam masa terdekat. Bagaimanapun tidak semua isi kandungan lawatan akan didedahkan kerana rahsia, tips dan cerita-cerita tertentu biarlah menjadi rahsia dan pengalaman gurulatih yang tertentu sahaja.