, ,

Latihan Pecahan Buah Gayong

Monday, July 13, 2009 Leave a Comment

Latihan Pecah Buah hanya dibuat kepada pelatih dewasa yang mana satu buah tangkapan atau jenis kombat dipecahkan kepada seminima 400 buah yang lain.

Mula-mula pelatih amat terkejut bagaimana nak pecah kepada 400 jenis buah sedangkan satu pun belum master. Tetapi dengan sedikit demo dan perkiraan pecahan yang ditunjukkan sebanyak 600-700 pecahan pada malam tersebut, pelatih mula memahami mengenai teknik dan latihan dalam Gayong. Silibus dan latihan kepada silibus tersebut adalah perkara yang sama tetapi latihan tersebut membuka mata mengenai peradaban ilmu orang Melayu sebegitu luas.

Secara tidak langsung mereka mula memahami kenapa Bengkung Merah begitu mahal harganya pada saya. Penekanan pernah diberikan bahawa untuk mendapatkan Bengkung Merah, pelajaran silibus yang perlu dilalui ialah lebih kurang 100 jenis buah tangan kosong. Bayangkan kalau ada pelatih mampu pecah sehingga 400 jenis buah yang lain. Maka untuk mendapatkan Bengkung Merah, anda akan lalui 40,000 buah sebelum bermain dengan simbat dan pisau.

Tetapi intipati latihan Sabtu lalu bukan jumlah buah dan pecahannya tetapi bagaimana latihan mendidik jiwa dan jumlahnya yang banyak mendidik identiti melayu kita. Seterusnya difahamkan pelatih bahawa kesemuanya adalah tanggungjawab dan bukan semata-mata buah.

Apa tanggungjawab kita kepada Gayong telah dijalankan?

0 comments »

Leave your response!