Guru Lama: Cikgu Ibrahim bin Zakaria

Wednesday, August 12, 2009 Leave a Comment

Cikgu Ibrahim bin Zakaria (Bahim)

Umur 60 tahun (2009)
No.17, Kampung Baru, Sungai Karangan, 09410 Padang Serai, Kedah
Tel: 017-4973032
________________

Perkenalan saya (shams) dengan Cikgu Bain adalah sekitar tahun 95/96 apabila terlibat dalam Kursus Kemantapan Silat yang mana pada masa tersebut saya dihantar oleh PSSPGM Kelantan/Pekeliling untuk kursus dan menduduki ujian bengkung merah bersama beberapa rakan lain yang telah aktif bergelanggang dan mengajar sekitar Kota Bharu selama 1-2 tahun sebelumnya.

Masa bulan Disember 2008 lepas, dia ada sebut "Lamanya baru ambil kursus" - "kami orang tak hebat" kami gelak...

Cikgu Bahim pada sekitar tahun 90an, wajahnya amat bengis dan menjadi igauan kepada peserta kursus. Malah semasa kursus kami dahulu, Cikgu Bain tidak banyak meluangkan masa bersama kami kecuali untuk menunjukkan buah atau perbetulkan tapak permainan sahaja. Perkara yang sama dengan Abang Jebat pada masa itu. Pada masa itu kami panggil Abang Jebat kerana lebih mesra terutama arwah Zulkarnain yang partner beliau merupakan salah seorang guru saya.

Cikgu Bain amat kami hormati kerana orangnya walaupun berwajah bengis tetapi penerangan dan cara pengajaran dan penyampaian beliau amat memberikan kesan. Malah tapi tidak pernah beliau menunjukkan apa jua permainan dan buah Gayong semenjak 90an sehingga kini dengan cara kasar mahupun laju sebaliknya dibuat dengan penuh berhati-hati dan rasa perikemanusia. Tetapi hasilnya tetap sama, iaitu mangsanya tetap separuh mati. Begitulah permainan orang lama.

Cikgu Bain amat mudah didekati kerana sikap beliau yang tidak pernah lokek dengan senyuman dan nasihat kepada Anak Gayong muda. Malah sikap ramah beliau serta masih mengenali saya dan rakan saya yang masa kursus 90an amat membuat kami agak terharu dan malu muka.

Pembawaan beliau amat mudah dan simple. Begitu juga cara beliau berpakaian. Tetapi komitmen beliau kepada Gayong amat tinggi dan tidak dapat saya ingin nyatakan dengan penulisan. Pengalaman bersamanya akan memberikan maksud yang lebih baik.

Orangnya amat rendah diri dan bagi yang tidak mengenali beliau mungkin akan menyangka bahawa beliau hanya seorang warga tua biasa di kawasan gelanggang silat. Apatah lagi dengan sifat beliau yang bercakap amat lemah lembut yang langsung tidak melambangkan keperibadian ilmu, pengalaman serta rupa parasnya.

Beliau amat mementingkan masa. Kalau lambat, dilengahkan atau sebagainya. Mungkin ada yang kena tulah beliau. Saya pun pernah ada satu pengalaman bagaimana kelewatan masa ini memberikan rasa tidak selesa buat diri beliau.

Nota: 3 minggu lepas, Cikgu Bain ditimpa Stroke (angin ahmar) dan sedang berehat di rumah beliau sebagaimana di atas. Kalau sesiapa yang berhampiran atau dalam perjalanan ke utara, sila lah singgah menanya khabar. Sampaikan salam saya kepada beliau. Saya akan ke Padang Serai lagi.


3 comments »

  • Anonymous said:  

    Sekalung jutaan terima kasih atas gambar bahim. rindu amat pada cg ni -adlikl

  • SH said:  

    terima kasih atas kunjungan saudara.

  • Unknown said:  

    Mari menziarahi nya

  • Leave your response!