Jawapan Kepada Email (10): Sumbangan Peribadi Dalam Menyatukan Silat Seni Gayong

Sunday, August 16, 2009 Leave a Comment

.......Sesama gayung banyak blaku perpecahan. Ada perpecahan dari sudut puak dalam pertubuhan mahupun wujud pertubuhan gayung baru. Apa yang saya boleh sumbangkan dalam penyatuan Gayung?...
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Pada pandangan saya, anda boleh memberikan sumbangan dalam beberapa bentuk yang mana boleh dalam membangun dan membantu ke arah penyatuan Silat Seni Gayong.

Pertama sekali, anda harus memiliki kepiimpinan dan juga hasrat serta menjadikan diri anda sebagai gurulatih Silat Seni Gayong. Sekiranya kehebatan menjadi ukuran maka ramai yang tidak akan menjadi gurulatih. Orang hebat tidak mengatakan beliau hebat tetapi banyak anak muda pula mengaku hebat. Terbalik

Apa yang penting hasrat dan tekad kita untuk ikhlas menjadi gurulatih dan melatih dan membimbing anak muda kita ke arah yang lebih baik agar tidak terpesong ke arah pilihan hidup yang boleh membawa kemusnahan kepada masadepan di dunia mahu pun di akhirat.

Dalam usaha membimbing mereka, sebagai gurulatih kita tidak sepatutnya merendahkan mana-mana pihak atau pertubuhan Gayong yang lain sebaliknya memuji dan mengakui persaudaraan yang wujud di antara semua Gayong yang berasal daripada Silat Seni Gayong.

Apa jua alasan dan sebab perpecahan tidak harus dinyatakan secara terbuka mahupun sebagai modal cakap kepada anak Gayong yang baru agar perpecahan tidak terus dijarakkan.

Selain daripada itu, cuba-cubalah melawat guru-guru lama Gayong samada sama pertubuhan mahupun dalam pertubuhan yang lain dan anda mungkin bakal melihat Gayong ini dari persepsi yang berlainan. InsyaAllah..

Ikhlas dalam mengajar, InsyaAllah Allah SWT pasti membantu.

0 comments »

Leave your response!