Guru Lama: Cikgu Ismail bin Chik

Tuesday, August 11, 2009 Leave a Comment


Cikgu Ismail bin Chik
Kampung Lembah Ria, Ayer Hitam Pulau Pinang
(Kaki Bukit Bendera)
Tel: 012-5637881
_______________________________________

Cikgu Ismail Chik telah mengajar Gayong selama 49 tahun tanpa henti bermula daripada tahun 1960 secara rasmi dan mula mengajar sebelum itu pada umur beliau 13 tahun yang mana telah diamanahkan oleh ADMAR untuk mengajar di Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.

Pengalaman awal mengajar adalah di Ampangan, Negeri Sembilan dan terus ke Kuala Pilah sehingga ke Pahang pada umur yang masih muda.

Pengalaman menarik yang diceritakan amat banyak termasuk pengalaman awal di dalam usia yang terlalu muda terpaksa mengajar di Ampangan yang dikatakan lubuk samseng melayu pada masa itu. Namun pengalaman dan berkat keikhlasan, semuanya ditempuhi dengan baik.

Cikgu Ismail Chik langsung tidak menyentuh mengenai isu konflik dan merajuk beliau pada hari tersebut sebaliknya menceritakan banyak isu halal dan haram serta bidaah dan pengamalan dan pengalaman dalam berGayong.

Ini tidak dikira nasib kami dalam mendapat cerita-cerita mengenai ADMAR semasa hayat dan pengalaman beliau dengan ADMAR.

Semangat Cikgu Ismail Chik amat kami kagum sebagaimana kami kagum dengan Paksu Awang Daud yang masih mengajar sehingga kini yang telah mencecah separuh abad usia bergelanggang selaku Gurulatih. Doa kami agar kami sekuat beliau.

Dalam pertemuan kami dengan Cikgu Ismail Chik, beliau ada menyebut beberapa perkara yang membuat kami semua sebak.

...tangga rumah depa hancur, rumput pun mati kita pi rumah depa.. rumah kita tak pernah sampai. Padahal, depa semua dok mai belakang tu berkali-kali pun takdak sapa nak tanya khabar saya. Saya rasa macam pengemis...

...saya mengajar dulu banyak tempat. Demi anak bangsa. tadak orang pernah tanya saya, saya dah makan ke belum. Ada duit ke tadak.... siapa saya ni?

...demi perjuangan ni, saya diambil oleh ADMAR di rumah saya (gurun) walaupun baru kahwin. Tetapi sebab amanah saya kena tinggal di Ampangan. Kena tinggal balik jalan kaki di Terengganu dulu tumpang orang... ada orang tanya saya?

Isu amanah dan penerusan Gayong daripada ADMAR juga ada dibangkitkan. Tetapi Cikgu Ismail tetap dengan pendiriannya, beliau amat berkias bagi menjaga hati semua pihak. Tetapi kita orang muda tidak pernah fikirkan hati orang lama sebegini yang masih gagah berjuang dan sanggup mati bergelanggang sedangkan kita yang muda sudah menyimpan bengkung dan berdabik dada.

Cikgu Ismail Chik amat terharu dengan kehadiran kami dan beberapa cerita sebaliknya menyedarkan kami beberapa perkara mengenai hubungan antara guru lama dan baru. Maka kami telah mengambil inisiatif tersebut dan sekiranya anda mempunyai masa terluang, maka kami telah sertakan alamat dan nombor telefon beliau di atas.

Nota: Butiran pertemuan tidak dapat dinyatakan semua isinya

16 comments »

  • Anonymous said:  

    salam..

    info tambahan

    nama gelaran cikgu mail yg diberikn ADMAR kepadanya ialah "mail harimau berantai"

  • EKsyen Kame said:  

    Ada cerita kenapa gelaran tersebut diberikan?

  • Anonymous said:  

    cikgu mael is the best..
    semoga Allah sentiasa merhmati n mmberkati khidpan n prjuangan cikgu mael d dunia dan jua Akhirat
    Insyaallah..
    -anak muridnya-

  • SH said:  

    perkenalkan la diri siapa pula muridnya ni..

  • Anonymous said:  

    sebak snggh bila pikirkan tulisan ni, terima kasih atas maklumat dan crita Cikgu Mail Penang. Terima kasih tak terhinggggga

  • SH said:  

    Sama-sama. Kami masih ada rancangan untuk ke sana dalam masa terdekat.

  • Anonymous said:  

    Cikgu Mail yang saya kenal memang seorang guru yang sangat baik dan penyabar. Terima kasih yang tak terhingga kepadanya.(anak murid tahun 1992).

  • SH said:  

    Ada masa hubungilah beliau..

  • Unknown said:  

    Salam..Cikgu Mail ni la yang ajar sy masa kt SMKA Al-Mashoor(L) Pulau Pinang dulu(1992-1996).Dia memang cikgu yg sy paling sayang. Nasib baik ada no. tel dia kt atas tu..Rindu sgt nk jumpa dgn Cikgu Mail.

  • SH said:  

    Alhamdullilah bolh call beliau. Saya dalam mas aterdekat pun InsyaAllah akan ke sana. Cikgu mail pun ada datang KSSG baru2 ini.

  • Anak Jati said:  

    Assalamualaikum, sy masih lg ahli gayong di SMKA AL-Mashoor(L) walaupn skrng ni dh form 6, dan sy masih setia kpd cikgu Ismail...Cikgu adlah guru silat yg paling penyabar sy pernah belajar

  • SH said:  

    Itulah Cikgu Mail yang cukup dikenali dengan sabar dan komitmennya dalam silat

  • Anonymous said:  

    ya Allah cikgu mail...sngt bangga dpat belajar bwah dia kat al Mashoor laki,bnyak nasihat dn tunjuk ajar yg diberi.Mengajar Gayong dengan penuh hikmah tnpa jemu.Terima kasih cikgu.


    ~spm 2010~

  • SH said:  

    Alhamdullilah, masa masih banyak. Cuba-cuba sambung la utuk masa depan anak bangsa

  • MuhfizDotCom said:  

    Salam cikgu Mail...saya Muhfiz, saya pernah berguru dengan cikgu Mail semasa menuntut di Sek Men Teknik TAR tahun 95..
    dah lama saya tak turun ke gelanggang...
    rindu terubat dapat menatap gambar cikgu di atas..

    Insyaallah, satu hari nanti saya akan kesana atau menghubungi cikgu Mail..niat hati ingin menyambung tuntutan ilmu dan mengeratkan silaturrahim murid dan guru...

  • SH said:  

    InsyAllah

  • Leave your response!