Majlis Aidilfitri & Perjumpaan Kembali Anak Gayong MTM

Thursday, October 01, 2009 Leave a Comment

Alhamdullilah, baru-baru ini program yang dirancangkan oleh anak-anak Gayong MTM 2009 berjaya dilaksanakan pada hari raya ke-5. Program bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada zohor hari tersebut.

Sekalung penghargaan kepada gurulatih MTM yang banyak bersusah payah dalam menjayakannya iaitu Cikgu Sabli "Mahagaru" Shamsuddin. Tanpa beliau sudah tentu perjalanan Gayong di MTM kini agak berbeza.

Walaupun kehadiran para penjaga agak menghampakan tetapi kehadiran anak Gayong baru dan lama sekitar 70-80 orang boleh membuat pengubat kecewa kami pada hari tersebut.

Kehadiran ahli lama seperti Wan Mohd Agus, Ustaz Hafiz, Ku-Mat, Qili, dan beberapa ahli lama sekitar kumpulan 4-6 juga cukup membanggakan. Terim kasih sekali lagi.

Penyediaan jamuan untuk mencukupi walaupun dalam bajet yang terhad oleh satu kelab silat yang dikecil di sekolah ini memandangkan Anak Gayong MTM masih dipegang rekodnya bahawa tidak pernah ditawarkan apa jua bantuan kewangan oleh mana-mana pihak terutama pihak sekolah yang mana satu sejarah amat memalukan untuk dikongsikan bersama.

Tetapi alhamdullilah semenjak Gayong MTM di bawah seliaan KSSG semenjak 2008, setiap tahun Gayong MTM mendapat peruntukan yang agak besar bagi menyediaan peralatan dan pelaksanaan program mereka.

Pihak kami berharap pelaksanaan program sebegini akan diteruskan pada masa akan datang bagi membolehkan dana terus diperolehi selain daripada perkongsian ilmu dan silaturahim dapat dieratkan seperti dahulu.

Terima kasih.

0 comments »

Leave your response!