Jawapan Kepada Email (9): Pandangan Mengenai Perlimau Dalam Gayong

Thursday, September 24, 2009 Leave a Comment

....... apa pandangan cekgu pasal perlimau yang kita dok amal dalam silat gayung?...
email daripada AwangBesar, Jun 2009

(kesemuanya ada 15 soalan. Kesemuanya soalan sensitif pada pandangan saya tetapi hanya 7 persoalan yang akan saya cuba jawab kerana selebihnya adalah melibatkan keperibadian dan cerita peribadi saya dalam Gayong)

Ini adalah pandangan peribadi saya melalui pengalaman dan apa yang saya tahu dan pelajari. Saya secara peribadi setuju bahawa ia adalah satu amalan sahaja di dalam Silat Seni Gayong yang diterima pakai sehingga kini yang telah dimulakan oleh orang terdahulu.

Saya ingin menjawab dalam sudut 2 isu sahaja iaitu; pengamalannya dan kewajibannya.

Dari sudut kewajiban, secara peribadi saya berpendapat tiada apa yang mewajibkan amalan tersebut dan tidak perlu kita memberatkan adat melebihi keperluan ibadah. Malah saya amat tertarik melalui pertemuaan dengan beberapa orang guru lama pernah menceritakan bahawa mereka menjadikan perlimau sebagai pilihan kepada Anak Gayong samada ingin melaluinya atau sebaliknya berpandangan tegas bahawa amalan tersebut tidak perlu dijalankan terus.

Jangan fikirkan siapa tetapi fikirkan kenapa dalam sudut Islam..

Dari sudut pengamalannya semasa di Kota Bharu, guru saya telah tinggalkan beberapa peralatan dan hanya menumpukan kepada sintok dan limau sahaja dan ditambah dengan buahan bagi jamuan selain peralatan 3 rasa iaitu asam jawa, gula dan garam.

Peralatan bersifat tangkai telah dibuang dan diketepikan memandangkan apa jua jenis tangkal apabila disangkut (dipakai) dengan apa jua caranya, maka hukum adalah syirik berdasarkan hadis-hadis yang jelas dan sahih.



0 comments »

Leave your response!