Team Demo Silat Bagi Kenduri & Am

Wednesday, November 04, 2009 Leave a Comment

Merujuk kepada tulisan sebelum ini, pihak kami kini sedang dan dalam progres melatih beberapa pelatih daripada gelanggang Damansara sebagai team utama demontrasi silat bagi kenduri kahwin selain daripada demo utama silat kini dilatih daripada kalangan dewasa di Bandar Pusat Puchong.

Bagi Team Dewasa, demo yang telah dilatih dalam seminggu dua ini ialah Pisau, keris dan rotan. Manakala untuk majlis am keramaian hanya permainan team demo kenduri dan team keris sahaja akan diturunkan.

Team keris yang dilatih sekali sahaja pada 2 minggu lepas mendapat pujian daripada beberapa orang yang menyangkakan mereka sudah berbengkung kuning malah ada yang menyatakan bengkung hitam kerana mereka memakai bengkung hitam kosong pada malam latihan tersebut. Sebenarnya mereka baru sahaja memakai bengkung hijau.

Selain daripada itu, latihan biasa/silibus juga dijalankan serentak bagi gelanggang Damansara yang baru sahaja memulakan latihan selepas raya pada 3 minggu lepas. Alhamdullilah, beberapa promosi akan dijalankan bagi kesemua gelanggang di bawah seliaan kami pada minggu depan bagi menghambat masa terutama cuti sekolah nanti.

Selain daripada team demo yang diperkatakan, kebanyakan pelatih di Masjid AsSalam pula dilihat berpotensi untuk dilatih sparring dan mempunyai stamina yang agak tinggi berbanding dengan pelatih di gelanggang lain. Mungkin kerana latihan stamina diutamakan di Masjid As Salam berbanding silibus.

Sehubungan dengan itu, pihak KSSG telah mula meningkatkan stamina anak Gayong Masjid As Salam, Puchong Perdana bagi menyediakan mereka bagi pertandingan sekiranya ada atau kelengkapan awal sebagai gurulatih yang berwibawa.

0 comments »

Leave your response!