, , ,

Tajaan Uniform Silat Kepada Anak Gayong Kota Damansara

Sunday, November 08, 2009 Leave a Comment

Latihan di Kota Damansara 2 hari yang lepas lebih tertumpu kepada latihan ringkas tumbukan dan sepakan layang sahaja selama 2 jam. Penumpuan latihan selama 2 jam tersebut menampakkan Anak Gayong agak letih tetapi bersemangat terutama apabila jam-jam akhir, sepakan makin nampak lebih baik dan menghasilkan ketepatan sepakan apabila latihan menggunakan kick target.

Biarpun latihan di tanah becak diwaktu musim hujan tidak menghalang kepada latihan untuk berjalan seperti biasa. Beberapa kali latihan telah tertangguh akibat hujan dan keadaan gelanggang yang tidak mengizinkan.

Alhamdullilah, semangat dan kegigihan Anak Gayong di Kota Damansara masih mampu menghidupkan gelanggang tersebut dan kini kami masih berlatih dengan 25-30 orang Anak Gayong yang kebanyakannya tinggal di flat PPR Kota Damansara.

Dengan semangat dan kegigihan tersebut serta mengambilkira faktor kewangan, pihak kami telah menawarkan satu tajaan uniform silat serta lambang silat kepada 30 orang Anak Gayong yang berlatih di gelanggang Kota Damansara.

Di harap dengan penajaan tersebut mampu memberikan mereka lebih semangat dalam latihan disamping merealisasikan hasrat kami dalam membantu isu kewangan Anak Gayong kami selaras dengan pemantapan disiplin yang sedia ada.

Terima kasih atas sokongan dan penajaan anda.

0 comments »

Leave your response!