Tahniah Kepada Kecemerlangan Akademik Anak Gayong KSSG

Tuesday, December 29, 2009 Leave a Comment

Pihak kelab mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi tahniah buat para Anak Gayong yang mendapat keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan juga Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang mana telah mendapat keputusannya baru-baru ini.

Selain itu, semalam kami juga mendapat khabar beberapa orang yang tidak bernasib baik sebelum ini turut mendapat tempat di Institut Pengajian Tinggi Awam pada sessi akan datang dan seterusnya akan menyertai rakan-rakan mereka sebelum ini.

Pihak kami berharap dengan keputusan cemerlang dan baik tersebut bukan sahaja menggembirakan hati para ibu dan bapa tetapi sedikit sebanyak memberikan motivasi kepada rakan-rakan segelanggang yang lain untuk terus lebih cemerlang daripada anda.

Menjadi harapan dan hasrat kami untuk terus untuk memberikan tekanan kepada aspek disiplin dan budaya Islamik selaras dengan tuntutan semasa dalam kecemerlangan akademik di semua peringkat.

Menjadi kebiasaan, pihak kelab menyediakan beberapa insentif seperti tajaan buku nota bagi peperiksaan yang bakal dihadapi atau bagi standard tingkatan yang baru. Selain itu, pihak kami juga ada memberikan sijil penghargaan dan wang sagu hati sebagai menambahbaik harapan yang sedia ada.

Untuk tujuan di atas, sila berhubung dengan gurulatih anda dan salinan keputusan boleh diberikan kepada pihak Kelab melalui gurulatih gelanggang.

Sebarang gambar yang terlibat akan dipamerkan di sini sekiranya ada atau dibekalkan oleh pihak gurulatih anda. Sekali lagi sekalung tahniah daripada kami.

0 comments »

Leave your response!