Pertandingan Silat Seni Peringkat Daerah Atau Negeri

Saturday, January 23, 2010 Leave a Comment


3-4 hari yang lepas, pihak kami berkesempatan menemui pihak yang menyelia mengenai aktiviti belia dan sukan serta kebudayaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) bagi membincangkan satu tawaran dan cadangan bagi menjayakan satu program silat seni peringkat kawasan pentadbiran MPSJ iaitu daripada hujung Subang Jaya sehingga hujung Seri Kembangan.

Antara cadangan kami ini ialah terdapatnya banyak gelanggang silat di sekolah mahupun gelanggang awam ditubuhkan dan bergerak aktif di kawasan pentadbiran MPSJ yang dikatakan lebih aktif daripada seni beladiri lain. Namun, kekurangan promosi serta nama baik dalam pergerakan organisasi silat serta silat itu sendiri maka ia dilihat sebagai golongan minoriti yang tidak mendapat tempat.

Cadangan kami tersebut telah didengar dan diterima bagi pertimbangan lanjut bagi mendapatkan kelulusan mesyuarat MPSJ akan datang sekiranya ia berjalan lancar.

Antara keperluan untuk mengadakan himpunan dan pertandingan tersebut ialah bagi mempromosikan seni silat dan mengembalikan kecemerlangan silat serta menjadikan alternatif terbaik bagi aktiviti masa lapang anak remaja. Ternyata pengalaman kami selama bertahun dalam merencanakan program dan aktiviti silat dapat membentuk bukan sahaja disiplin yang baik tetapi akademik yang lebih cemerlang.

0 comments »

Leave your response!