Kelas Silat Di Pusat Kejiranan Presinct 9, Putrajaya
Thursday, February 18, 2010
Leave a Comment
Bagi meneruskan niat asal kami dalam mewujudkan kelas silat awam yang tertangguh di Putrajaya semenjak tahun 2009, kami telah berunding mengenai tempat dan masa di Pusat Kejiranan Presinct 9, Putrajaya.
Padang Permainan Pusat Kejiranan Presinct 9 dipilih walaupun tempatnya terbuka tetapi kedudukannya yang agak terlindung dan tinggi daripada jalan membuatkan ia agak terlindung daripada pandangan awam.
Sehubungan dengan itu, cadangan latihan adalah setiap Sabtu, 9.00 pagi. Sebarang pertanyaan melalui telefon boleh hubungi terus: 014-9933774
Sebelum latihan diteruskan pada Mac 2010, pihak kami juga berharap pihak penduduk putrajaya dapat memberikan respon kepada cadangan kami ini termasuk mengenai masa dan tempat bagi melihat prospek silat boleh dikembangkan di Putrajaya.
Sebagai satu kelab silat, kami menumpukan kepada pengembangkan silat ke arah akademik, sosial dan disiplin yang lebih baik bagi anak Melayu. Di samping itu faktor ekonomi anak melayu juga menjadi matlamat kami untuk dibantu melalui silat.
Pihak kami mengharapkan respon dan komen pihak penduduk Putrajaya.
masih ada ker kelas silat di putrajaya ini?
Semua kelas putrajaya di tarik ke Puchong kerana masalah tempat. kecuali kelas di sekolah masih dijalankan. Hubungi kami 014-9933774
Sayang di sayang . Cadangan dan prospek yang baik .Bermakna sudah tiada lagi ya?Apakah kerana sambutan kurang menggalakkan? Saya cadangkan mgkn sebulan sekali kita pakat ramai-ramai ke Putrajaya. Cari taman2 yang menarik utk kita berlatih. Disamping boleh promo Silat. Kita bagi sikit "showcase" Silat Gayong.Andai kan shj sebagai riadah di luar gelanggang biasa kita.Moga ini dpt perhatian dari pihak kelab
Itu dalam pelan Putrajaya Holding tapi tenmpat sana mahal. Cikgu sham tanya sewa dewan yg kementeriaan jaga RM5-10 sejam sahaja tapi untuk kita dia kira murah la........RM80sejam. Lalang tumbuh lagi bagus kot
elok dikaji semula. rasanya ada warga putrajaya yang berminat. mungkin perlukan promosi.
Kalo dekat sekolah org luar boleh join ke? Hari apa... Dh lama tinggal ni... Niat di hati nak start balik....
tak boleh