, ,

KSSG Untuk Gelanggang Di Shah Alam 2010

Sunday, February 14, 2010 Leave a Comment


Dimana gelanggang di Shah Alam cikgu yang saya boleh join? - IM

Untuk makluman semua, beberapa gelanggang telah diwujudkan di Shah Alam yang mana maih lagi menerapkan latihan untuk mereka yang berumur 18 tahun ke bawah manakala golongan dewasa, kami galakkan berlatih di Pusat Bandar Puchong.

Beberapa Gelanggang sedia ada di Shah Alam ialah:
  • SMK Alam Megah;
  • Seksyen 27, Shah Alam; dan
  • Seksyen 16, Shah Alam;

Manakala beberapa perbincangan telah dibuat dan akan dilaksanakan beberapa gelanggang baru atas permintaan dan juga atas kehendak semasa kami. Setelah beberapa perbincangan dibuat dan gurulatih bersetuju untuk menumpukan kepada beberapa tempat cadangan gelanggang di Shah Alam, iaitu:
  • Seksyen 24, Shah Alam;
  • Seksyen 7, Shah Alam;
  • Seksyen 17, Shah Alam;
  • Seksyen 19, Shah Alam;
  • Taman TTDI Jaya, Shah Alam;

Gelanggang tersebut akan dimulakan selewat-lewatnya Mac 2010. Sekiranya tiada kerjasama jawatankuasa penduduk dapat diberikan selum Mac 2010, pihak kami mungkin akan memulakan latihan atas penyewaan biasa tempat dan dewan.

Harapan kami semoga dengan gelanggang baru ini akan memberikan satu aktiviti baru kepada anak generasi muda kita di sana dan membina hobi dan sahsiah melalui silat. Selebihnya dengan harapan matlamat kami tercapai.

Harapan kami menjadikan silat sebagai pesaing utama kepada senibeladiri lain selain menjadikan satu senibeladiri alternatif yang telah terbukti sebagai pendidik jiwa anak kita. Disiplin, Agama, Akademik dan Ekonomi menjadi matlamat perubahan kami.

4 comments »

  • Anonymous said:  

    salam, gelanggang mna yg still ada?

  • SH said:  

    GHelanggang seksyen 8 digabung dengan seksyen 16. Latihan akan dimaklumkan kerana latihan terhenti baru-baru ini

  • IzzazCardin said:  

    Salam , mahu tanya gelanggan di Taman TTDI Jaya itu bawah siapa ya ? siapa yg mengajar ?

  • SH said:  

    TTDI Jaya telah dibuka oleh PSSGM, kami tak jadi buka di sana. Latihan di taman. kami tak pasti hari latihannya tetapi malam. Boleh join mereka. Sama sahaja Seni Gayong

  • Leave your response!