Usaha Pengumpulan Artikel & Gambar Dalam Bentuk Fizikal

Tuesday, February 09, 2010 Leave a Comment

Sememangnya pada tahun lepas lagi pihak kami telah meluluskan sedikit peruntukan untuk membolehkan 20% gambar-gambar aktiviti kami dicetakkan dan diletakkan pada satu tempat bagi memudahkan usaha promosi dan rujukan kepada peringkat baru.

Apabila nilai cetakan gambar serendah RM0.35 sekeping adalah agak rendah tetapi apabila disusun dan dipilih beberapa gambar daripada semua aktiviti yang dianjurkan dan melibatkan pihak kami, ia agak banyak jumlah.

Sedar-sedar kami telah melibatkan dalam pelbagai aktiviti dan jumlah penganjurannya amat mengagumkan bagi satu kelab kecil kami ini. Daripada 20% jumlah gambar aktiviti kami mencecah 600 keping gambar terpaksa kami kecilkan kepada jumlah yang lebih kecil sehingga hanya 486 keping gambar terpilih untuk dicetak dan disimpan bagi kenangan dan apa jua program kelak.

Sehubungan dengan itu, tahun lepas telah dibenarkan menggunakan dana kelab bagi tujuan tersebut dan insyaAllah, para pesilat dan ahli dapat melihat kesemua gambar tersebut kelak di pejabat KSSG.

Selain daripada itu, pihak kami mendapat banyak pujian dan compliment yang menyatakan kami adalah laman Silat Seni Gayong yang sehingga kini memegang rekod menyiarkan berita silat kami atau secara am yang mana secara tidak henti kepada semua Anak Gayong di luar sana dalam nilai purata 0.8 artikel sehari semenjak 19.12.2006 hingga ke hari ini.

Atas dasar himpunan artikel dan berita yang semakin lama semakin banyak dan bagi memudahkan storage web ini dan rujukan kami kelak, pihak kami mungkin akan menghapuskan beberapa artikel yang melebihi 2 tahun daripada tarikh terkini. Namun, cetakkan dan simpanan khas akan dibuat bagi rujukan pihak kami kelak.

Sekali lagi terima kasih atas sokongan dan lawatan anda ke laman web kami.

0 comments »

Leave your response!