Al Fatihah Buat Allahyarham Datuk Razali Salleh
Saturday, March 20, 2010
Leave a Comment
Semalam genap 9 tahun antara pentadbir Silat Seni Gayong yang banyak memberikan jasanya kepada pembangunan Silat Seni Gayong, Arwah Cikgu Razali Salleh iaitu Pemegang Amanah sebelum ini.
Beliau yang mula memasuki dan mempelajari Silat Seni Gayong di Kuala Lumpur di bawah tangan Cikgu Awang bin Daud pada tahun 1964 setelah berminat dengan Seni Gayong apabila melihat permainan kuncian yang ditunjukkan oleh rakan arwah semasa bertugas di salah satu kementerian pada tahun sebelumnya.
Apabila melihat pada sumber pembacaan yang ada, Allahyarham bukan disegani kerana ilmu dan kehebatan silat tetapi pada keteguhan dan semangat dalam mengembangkan Seni Gayong dan melalui pentadbiran di bawahnya, nama Seni Gayong menjadi amat hebat di mata masyarakat terutama Gayong Selangor yang terlebih dahulu dipimpin olehnya.
Orang bercerita yang Arwah sering tidak bersefahaman dengan ADMAR mengenai apa jua perkara dan amalan yang melanggar tata susila mahupun meragukan serta mencabar akidah Anak Gayong. Teguran-teguran membuat mereka bermasam muka tetapi teguran itu boleh dilihat dalam sejarah Seni Gayong yang membuatkan Arwah dan ADMAR menjadi lebih rapat dan menjadi kepercayaan untuk menjadi Pemegang Amanah ADMAR.
Namun apa penting, setiap kali dibuka dan tutup gelanggang pahala untuk Arwah akan sentiasa kami berikan atas tiket guru Gayong. Semoga semangat dan pandangan jauh Arwah akan menjadi motivasi kepada gurulatih muda.
Alfatihah