Kerja, Minat Atau Tanggungjawab - Gurulatih Perlu Bersemangat
Wednesday, March 31, 2010
Leave a Comment
Dalam melaksanakan pelbagai program kami di KSSG, kami ada satu masalah paling kecil tetapi tidak mampu diselesaikan sehingga kini. Masalah ini berlarutan apabila Anak Gayong tidak berminat atau tidak mendapati ia penting untuk melakukannya.
Masalahnya GURULATIH..
Terdapatnya banyak prospek dan permintaan untuk memulakan kelas di kawasan sekitar Shah Alam, Klang, Petaling Jaya, Selayang, Ampang dan beberapa tempat lain. Masalahnya masa adalah terhad kerana gurulatih amat kurang. Beberapa kawasan telah kami tolak dan syorkan beberapa rakan yang lain dan terpulanglah kepada pihak tersebut samada masih berminat atau sebaliknya.
Secara jujurnya, kami tidak lagi mempunyai masa luang untuk ke sana sini. Bermula pada 27.04.2010, jadual Cikgu Shams juga penuh dengan latihan setiap malam termasuk seharian latihan pada hari Khamis dan Ahad.
Kami hanya menjalankan amanat dan menyambung warisan ilmu melayu yang berjaya mendidik hati-hati anak bangsa ke arah yang lebih baik dari segala sudut baik Islamnya.
Yang tidak berminat, kami tidak memaksa. Yang tiada masa, kami tidak memaksa. Yang ada anak isteri, kami tidak memaksa. Yang ada kepentingan lain, kami tidak memaksa. Yang merasakan tanggungjawab ini bukan haknya, kami tidak memaksa. Buat setakat mampu.
Sehubungan dengan ini, kami agak berbesar hati sekiranya ada gurulatih lama atau baru yang ingin aktif balik atau ingin bergabung dengan kami bagi menyemarakkan lagi perkembangan Seni Gayong demi kepentingan disiplin dan mutu jati diri anak bangsa, kami mengalu-alukan kedatangan anda.
Hidup ada pilihan. Pilih samada yang terluang ingin dikongsi secara peribadi atau secara bersama. Kalau anda berani untuk meluangkan masa anda untuk anak bangsa anda, sila hubungi kami: 014-9933774 atau hadir ke KSSG, No.17-3A, Jalan bandar 16, Bandar Pusat Puchong (Tepi TESCO).
Sekiranya anda tidak mampu atau amat sibuk, abaikan sahaja
klik di bawah
Sekiranya anda tidak mampu atau amat sibuk, abaikan sahaja
klik di bawah
MalU PulAk rasanYa.
Saya bersetuju kalau Tuan mencari "Apprentice" seperti mana yg di lakukan sekarang.Saya rasa terpanggil utk mencari solusi terhadap perkara ini.Mencari seorang gurulatih , bukan semudah mencari guru sekolah.Harus di selidiki niatnya dan beliau harus juga ada pengetahuan sedikit sebanyak tentang silat atau bela diri lain.
Terus terang saya katakan pengalaman hampir 16 tahun mengajar dan selebihnya dalam Gayong, saya ada kejayaan dalam membentuk disiplin anak bangsa kita tapi untuk melahirkan seorang gurulatih yang betul-betul komited, saya gagal secara total.
Tapi saya bangga berGayong di bawah tangan-tangan yang semangat kental. Begitu juga dengan rakan-rakan dan Anak Gayong di kanan kiri saya yang cukup bersemangat, semoga semangat ini mati dengan kematian.
Saya bangga kalau ada gurulatih akan mewarisi tanggungjawab dan amanah ini agar pahalanya akan diteruskan kepadanya, kepada saya dan guru-guruku..
betui. anak murid berjuta tp yg tua-tua jugak masih mengajar