,

Peringkat Kedua: Banner Siap!

Friday, April 02, 2010 Leave a Comment

Contoh banner bagi gelanggang Seksyen 8, Shah Alam

Sebagaimana perancangan tahun 2010 ini, pergerakan dan promosi untuk keahlian KSSG di semua gelanggang akan dibantu untuk mencapai tahap bilangan ahli yang amat membanggakan.

Sessi flyer dan poster telah dijalankan semenjak Januari 2010 dan kini banner daripada pihak kami mahupun penganjur bersama seperti Majlis Perwakilan Penduduk mahupun jawatankuasanya akan boleh dilihat bermula pada petang ini di sekitar 5-10 kilometer daripada jarak gelanggang Silat Seni Gayong terdekat.

Pihak kami harap tindakan ini tidak dipandang negatif dari sudut penyebaran ilmu Seni Gayong mahupun menaikkan martabat silat kembali setaraf dengan seni beladiri yang lain. Sememangnya tiada promosi berterusan ataupun nama baik diangkat taraf secara konsisten oleh mana-mana pihak mengenai Seni Gayong ini.

Harapan kami dengan perubahan yang kami bawa ini akan lebih memberikan kesan bukan sahaja kepada kami tetapi gelanggang-gelanggang Silat Seni Gayong rakan-rakan yang lain akan menerima kesan positifnya selain memberikan nama baik berterusan kepada Seni Gayong di mata orang Melayu sendiri.

Dengan harapan lagi promosi akan turut dibuat oleh rakan-rakan yang lain. Semoga Seni Gayong akan mendominasikan dunia seni beladiri Malaysia bukan sahaja dalam soal silat tapi seni beladiri secara amnya.

"Kami dah buat, Anda bagaimana?"

0 comments »

Leave your response!