Isu Panas - "Kenapa Tak Ramai Pelapis Cikgu Sham?"

Monday, April 05, 2010 Leave a Comment

"cg sham. nak tanya soalan sensitif nih. kalau boleh nak tahu kenapa tak ramai pelapis @ gurulatih bawah cg? kesian pulak tgk cg sana kemari tapi .............(ayat positif tapi dipotong)......... pun ada!."
- Facebook


Soalan ini rasanya boleh di jawba dengan perumpamaan yang mudah-mudah. Sebab lagi mudah ayatnya, lagi mudah pemahaman dan isi serta sindirannya. Rasanya jawapan ringkas "itu hak masing-masing" daripada saya tempohari tidak akan memberikan satu gambaran baik kepada persoalan awak.

Prinsip
Pertama saya tegaskan secara peribadi prinsip saya adalah tetap yang untuk mengembangkan Silat Seni Gayong atas dasar ilmu bukan kehebatan yang mana menjadi sasaran saya ialah disiplin, jatidiri, akademik dan ekonomi masyarakat yang terlibat dalam kelas-kelas saya. Setakat mana saya termampu dan selagi badan ini mampu bangun, rasanya saya telah buktikan komitmen ini semenjak 1994.

Pelapis/Gurulatih
Saya secara peribadi amat tidak pernah berkecil hati dengan apa jua yang berlaku samada isu yang rakan saya ketengahkan mengenai gurulatih mahupun pelapis saya. Bagi saya tugas saya adalah merujuk kepada prinsip saya di atas. Selebihnya biarlah urusan saya dengan Allah SWT untuk balasan mahupun ganjaran.

Untuk melatih dan melantik pelapis, saya tidak pernah memaksa mahupun menggalakkan kecuali ada yang berminat. Sekiranya tiada minat, tiada guna untuk kita berbincang soal tersebut. Selain soal minat dan semangat, saya berpegang kepada pesan guru saya "letakkan kita sebagai contoh, yang lain Allah SWT akan uruskan"

Mungkin ada sebab yang boleh saya fikirkan sebagai muhasabah peribadi untuk membaiki keperibadian saya.

Prinsip Kegurulatihan
Saya berpegang pada apa yang guru-guru saya berpegang yang mana perkongsian ilmu Silat Seni Gayong bukan berdasarkan kehebatan dan kelebihan yang ada tetapi menjuruskan kepada khidmat sosial selain membantu meneruskan tamadun ilmu melayu ini.

Sehubungan dengan itu, apa yang ada dalam minda saya ialah latihan yang saya bagi membolehkan pelatih itu menjadi gurulatih mahupun contoh baik dalam memberikan khidmatnya kepada masyarakat Melayu Islam pada masa depan.

Maka sekiranya ada keperibadian saya terbentuk daripada prinsip ini yang mungkin dilihat sebagai negatif, saya memohon maaf kerana saya tiada kepentingan dan tidak mencari kepentingan melalui silat. Maka saya tidak mencari pengaruh dan mempengaruhi, biarlah pelatih saya menentukan cara mereka.

Yang pasti kalau mereka menabur khidmat melalui silat samada bersama saya atau secara 'bermusuh' sekalipun, saya masih menerima pahala daripada ilmunya. Itu pesan guru saya dan selebihnya kepadaNya saya bertawakkal.

Atas dasar tersebut saya tidak ralat mahupun merasakan satu kekurangan kalau (jika) ada pelatih saya tidak menghormati saya, membelakangi saya, meninggalkan saya, tidak bersependapat dan mana-mana cara yang tidak sepatutnya. Saya cuba melahirkan yang terbaik dari sudut kegurulatihan saya.

Saya nyatakan perkara di atas dengan jelas dan nyata supaya pendirian saya dilihat dengan kukuh dan difahami. Saya faham itu jawapan saudara kita nantikan atas beberapa sebab.

Pesanan Kegurulatihan
Saya dibesarkan dalam Seni Gayong yang mana gurulatih-gurulatihnya berpegang kepada amanah perjuangan dan semangatnya bukannya calang-calang. Semangat ini diterapkan kepada saya melalui latihan, demontrasi, training dummy, pembantu gurulatih, sindiran mahupun makian sayang seorang gurulatih. Semangat ini bukan kerana silat tetapi lebih kepada kemasyarakatan.

Saya suka untuk berkongsi pesanan seorang gurulatih lebih kurang bunyinya;

"Dalam mendidik anak-anak ini (Anak Gayong), jangan tumpukan kepada ilmu tetapi tumpukan kepada peribadinya"

Sebagai konklusi, rasanya hidup kita ada pilihan. Ada yang memilih untuk keluar rumah hanya untuk tanggungjawab mereka kepada keluarga. Ada yang memilih untuk berbakti juga kepada masyarakat. Itu hak mereka.

3 comments »

  • Anonymous said:  

    makacih cg kurang2 sy agak ilmu sangka2 cg ni kena tepaat

  • ajiz said:  

    aper erti ayat "Dalam mendidik anak-anak ini (Anak Gayong), jangan tumpukan kepada ilmu tetapi tumpukan kepada peribadinya" pd pemahaman cikguu. tak penting ker ilmu ke cmner

  • SH said:  

    Anonymous: "Ramalan ku benar belaka" ada lagu pasal tu. Terima kasih atas sokongan.

    Ajiz: maksud saya matlamat didahulukan dan cara yang baik dijadikan platform ke arahnya. Sebagai contoh, kita banyak mengajar silat ini mengenai kekasaran, tumbuk dan kunci tanpa mengajar hukum tersirat dalam pelajaran mengenai disiplin dan kemanusian.

    Akhirnya produk silat itu hanya akan menjadi "samseng" dan beban kepada masyarakat sahaja.

  • Leave your response!