,

"Saya Teringat Kat Arwah Dato. Guru Saya tu!"

Sunday, April 04, 2010 Leave a Comment

Alhamdullilah dengan kekuatan promosi serta intipati dalam laman web ini yang mencecah bilangan kunjungan melebihi suku juta pengunjung, ditambahkan lagi dengan banner-banner dan flyer yang sentiasa bergerak di sekitar Lembah Klang, kami mendapat pelbagai reaksi positif dan ada juga yang negatif.

Apa pun ingin kami kongsikan beberapa kebaikan dalam usaha peningkatan re-branding terhadap nama baik Seni Gayong.

Selepas beberapa banner dinaikkan di sekitar Shah Alam, Bukit Subang, Kota Damansara, Puchong dan Subang Jaya, kami mengharapkan nama baik Seni Gayong akan lebih mendapat perhatian daripada seni beladiri lain dan sekaligus memberikan satu cabaran kepada perkembangan kelas seni beladiri antara silat dan "pakaian putih".

Ini bukan ahaja akan memberikan kesan dan nama baik kepada KSSG kerana atas dasar polisi kami sememangnya menggunakan perkataan Silat Seni Gayong agar nama itu akan merujuk kepada semua pertubuhan.

Dengan serangan psikologi ini, harapan kami agar Seni Gayong akan dilihat satu alternatif terbaik dalam menghantar anak-anak bangsa Melayu Muslim ini ke gelanggang silat untuk kesihatan mahupun disiplin mereka bagi membentuk jatidiri.

Selain daripada itu, promosi terkini melalui banner, email, flyers dan poster dilihat telah memanggil nostalgia lama untuk terus memberikan sokongan kepada Seni Gayong.

".....saya ni xxxx nak tanya sikit. Ini Gayong sama yang Dato Meor dulu ka? sebab saya ini dulu sempat la belajar sikit dengan arwah. Ingatkan nak hantar anak-anak saya ke gelanggang Gayong"

"..saya ni bekas murid Cikgu Majid taiping (arwah). belajar zaman budak-budak dulu. hajatnya nak hantar anak belajar silat jugak. macamana tu?.."

"dulu belajar jugak silat Gayong ni di kampung lama. lama dah!.. tahun 1960an. budak-budak umur berapa boleh belajar? nak hantar seorang dua"

"Saya ni pernah jugak belajar dari Dato Meor masa di Perak dulu. Masa budak-budak manja sikit. Tak tahan terus berhenti. Kalau ada masa saya nak turun tengok latihan boleh ke?.. nak belajar tak larat dah. Nanti saya khabarkan pada kawan-kawan kalau-kalau ada anak nak main silat"

"..saya ni lama dah tak berlatih silat bertahun-tahun dah. Dulu berlatih bawah Cikgu Rasul dan sempat baru ini jumpa Cikgu Amin. Naik semangat balik. Ingat saja nak main balik."

"maaf kacau. Saya tengok banner silat tadi. Teringat saya kat Arwah Dato. Guru saya tu. Nanti saya war-warkan gelanggang Gayong tu"

Kami mengharapkan ramai lagi orang lama bukan sahaja memberikan sokongan moral tetapi turut memberikan sokongan dalam menaikkan nama Seni Gayong mahupun dalam meramaikan keahlian Seni Gayong (apa jua pertubuhan) seterusnya menjadikan saingan sihat kepada penyertaan Melayu Muslim di dalam seni beladiri lain selain silat.

0 comments »

Leave your response!