,

Latihan Silat Di Musim Cuti Sekolah

Wednesday, June 09, 2010 Leave a Comment

Latihan silat di semua sekolah di bawah pentadbiran kami dihentikan sementara sehingga sekolah dibuka dan tamat musim peperiksaan. Manakala lain-lain gelanggang awam diteruskan seperti biasa malah beberapa latihan ditekankan secara berbeza bagi mengelakkan ketingalan kepada beberapa pelatih yang kebanyakan gelanggang akan tertinggal latihan sepanjang 2 minggu ini kerana bercuti sekolah.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, latihan di musim cuti sekolah akan dilatih dengan sedikit kelainan. Sebagaimana tahun lepas, latihan sparring dan latih tubi ditekankan kepada semua gelanggang kami dan tiada peningkatan silibus dibuat.

Selain daripada itu, penekanan kepada kepimpinan kepada beberapa pelatih remaja yang berumur 17 ke atas  dibuat bagi melatih mereka bertindak sebagai gurulatih, abang senior mahupun sebagai pemimpin kepada adik-adik yang lain. Dalam masa yang sama menerapkan rasa hormat dan kepimpinan melalui silat. Alhamdullilah, berkat didikan melalui silat ini, boleh dikatakan ahli remaja yang dididik ini adalah hemah budi bahasanya dan InsyaAllah menjadi kepercayaan masyarakat.

Latihan berbentuk pertandingan juga diterapkan selama 3 minggu latihan sempena 2 minggu cuti sekolah bagi membolehkan penyertaan kesemua pihak tanpa mengira kelemahan dan kelebihan pesilat. Dalam masa yang sama merapatkan ukhuwah pesilat kami.

0 comments »

Leave your response!