Kembara Amal Ke Darul Atiq Berjaya Dilaksanakan Pada 11.07.2010
Wednesday, July 14, 2010
Leave a Comment
Perjalanan dimulakan jam 8.30 pagi daripada Gelanggang Bandar Pusat Puchong (Pusat KSSG) ke rumah Cikgu Abu Hassan di Subang Jaya dan meneruskan perjalanan ke Batang Kali, Hulu Selangor. Alhamdullilah, perjalanan amat lancar dan tiada permasalahan serta tiada apa jua kes sesat berlaku.
Namun, amat menghampakan apabila ramai menarik diri dan tidak meluangkan masa untuk kembara kali ini yang secara peribadi amat rugi untuk tidak bertemu dengan pejuang agama dan masyarakat yang amat dihormati ini. Melihat pemandangan kerdil yang tenang di lereng bukit yang telah diubahsuai oleh Tuan Guru Ghazali untuk kepentingan dunia dan akhirat. Pengalaman itu, hanya mereka yang pernah hadir ke sana tahu bagaimana terkesannya.
Sebanyak RM1250.00 didermakan kepada Darul Atiq terus kepada Tuan Guru Ghazali Hasbullah dalam bentuk barangan keperluan dan juga wang tunai. Kesemua wang tersebut adalah wang hak ADMAR dan gurulatih dalam Majlis Perlimau Tapak yang lepas dan juga derma oleh ahli gelanggang Bandar Pusat Puchong dan juga Masjid As Salam.
Alhamdullilah, sebelum kehadiran kami, pihak dimaklumkan tidak semua akan berpeluang menemui Tuan Guru Ghazali atau lebih dikenali sebagai Abuya dikalangan pelatih mereka atau Abah oleh para ustaz-ustaz di sana. Ini kerana beliau tidak selalu dalam kesihatan yang amat baik dan sentiasa uzur. Tetapi amat membanggakan apabila keuzuran tersebut tidak menjadi halangan kepada kami menemui beliau walaupun terpaksa dipapah sedikit. Malah dalam keadaan sedemikian, amalan harian seperti tahajud dan sembahyang malam masih tidak terjejas.
InsyaAllah, dalam azam kami kepada hala tuju KSSG, kami amat berharap jika ahli-ahli kami akan dapat dididik dan diberikan pendedahan kepada perkara-perkara sebegini. Semoga didikan fizikal dapat diimbangi kerohanian yang baik.
Untuk bacaan tambahan sila KLIK DI SINI
Untuk bacaan tambahan sila KLIK DI SINI
Sesuatu yg boleh kita pelajari dari mereka yg lebih lama makan garam dari kita. Tak mengapa , sama ada kita bersetuju pendapat dengan atau tidak. Itu lain cerita.Pendapat mereka mungkin tak kena dengan kita ,tapi boleh di terima pakai oleh orang lain. Makanya saya meminta Cikgu Shams mendokumentasikan apa-apa pendapat mereka atau ajaran mereka. Walau bukan utk umum...Sekurang-kurang nya kita menyimpan khazanah yg berharga.
Al Fatihah buat Arwah