,

Jadual Latihan Di Sepanjang Bulan Ramadhan

Monday, August 09, 2010 Leave a Comment


Latihan sempena Ramadhan akan diteruskan seperti biasa sebagaimana yang telah dijalankan pada tahun-tahun sebelumnya. Namun beberapa gelanggang akan digabungkan bagi memberikan kemudahan kepada latihan dan kepada gurulatih. 

Latihan yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

Hari Jumaat Selepas Terawikh - Kesemua Pelatih di Shah Alam dan dewasa di Puchong akan berlatih di Gelanggang Seksyen 8, Shah Alam. Solat Terawrikh akan diadakan di Surau Ar Rahmah Seksyen 8.

Hari Sabtu Selepas Terawikh - Latihan di Masjid As Salam bagi Gelanggang Masjid As Salam dan juga Gelanggang Bandar Bukit Puchong serta pelatih dewasa Gelanggang Pusat.

Latihan di Masjid As Salam akan dimulakan dengan berbuka puasa bersama dan meneruskan dengan sembahyang berjemaah serta bacaan quran dan terawikh sebelum memulakan latihan silat.

Hari Ahad Selepas Terawikh - Latihan di Masjid Kota Damansara bagi gelanggang Masjid As Salam dan Taman Bukit Subang.

Hari Isnin Selepas Terawikh - Latihan di Pejabat KSSG bagi pelatih dewasa sahaja.

Latihan-latihan silat di sekolah akan dihentikan sepanjang bulan Ramadhan.

0 comments »

Leave your response!