Silat Olahraga Peringkat Negeri Selangor 2010

Saturday, August 07, 2010 Leave a Comment


Atas kelewatan makluman mengenai pertandingan silat di Selangor kali ini, pihak kelab tidak dapat menyediakan peserta yang memberangsangkan tetapi untuk tidak menghampakan, kelab telah menghantar beberapa pesilat dewasa untuk bertanding yang mana kesemuanya adalah muka baru dan tiada pengalaman dalam silat olahraga.

Bagaimanapun diantaranya terpaksa menarik diri kerana terpaksa menerima tugasan sebagai wasit atas permintaan guru-guru.

Setakat semalam, kebanyakannya telah tewas dengan pengalaman baru dalam pertandingan silat olahraga dan  masih ada seorang lagi yang masih meneruskan pertandingan yang mungkin akan menentukan nasibnya pada hari ini. 

Walaupun tidak menjangkakan apa jua kemenangan di pertandingan tersebut, pihak kelab amat berharap dengan penyertaan boleh memberikan pengalaman baru serta sedikit keyakinan kepada ahli kelab yang menyertainya.

Cuma yang ralat ialah apabila team remaja kelab terpaksa menarik diri pada saat akhir atas sebab teknikal dan masa yang suntuk. Atas kekecewaan pasukan remaja tersebut, beberapa permintaan dibuat oleh pihak remaja dan sedang dipertimbangkan.

Antara yang bakal mengantikan kekecewaan tersebut ialah memulakan satu kelas khas bagi serangan bebas untuk remaja dan juga pertandingan silat olahraga bagi sekolah rendah dan menengah akan dibuat pada cuti sekolah hujung tahun ini.

Pihak kelab berharap agar urusan penyertaan pertandingan oleh ahli kelab akan lebih banyak pada tahun depan dengan latihan awal kepada yang berminat. 

6 comments »

  • Unknown said:  

    sy rse nk join lbey mndalam lg laa lepas SPM nnt..

  • SH said:  

    Lepas SPM ada pertandingan silat olahraga anjuran kelab. Please standby!

  • mr.0 said:  

    standing by...

  • Anonymous said:  

    then landing lorr

  • roslani75@yahoo.com said:  

    joint2..apa nak tunggu lagi....

  • SH said:  

    insyAllah nanti akan dilaksanakan oleh pihak kelab.

  • Leave your response!