, ,

Ayat Hafalan & Bacaan: Peningkatan Silibus Asas Ujian Bengkung KSSG

Friday, September 17, 2010 Leave a Comment


Kemasukan ayat-ayat hafalan dan bacaan dalam silibus dan ujian bengkung bagi kesemua pesilat di bawah gelanggang KSSG pernah dibincangkan malah pernah dinyatakan di dalam webblog ini. Cuma pelaksanaannya diperlahankan bagi memberikan laluan kepada beberapa perkara lain.

Sememangnya menjadi asas kepada perjuangan kami menggunakan Silat Seni Gayong sebagai medium dakwah dan juga pembaikpulihan kepada sosial, akademik dan ekonomi muslim di bawah pentadbiran kami. InsyaAllah, secara perlahan kami bergerak agar kesannya lama.

Berbalik kepada hasrat untuk memasukkan ayat hafalan dan bacaan akan mula dibuat pada awal tahun 2011 yang dijangkakan dibuat pada ujian bengkung pada Januari 2010. Sehubungan dengan itu, pihak kami berharap anak didik kami adalah mereka yang mampu membaca al Quran dan buta Quran sifar.

Ayat bacaan akan melibatkan surah lazim dan pendek seperti Yassin, Mulk, Waqiah dan Rahman. Ini akan melibatkan bengkung putih cula kebawah. Manakala hijau kosong ke atas akan melibatkan jug ayat-ayat hafalan.

Ayat hafalan yang dipilih terdiri daripada ayat pendek yang dianggap ayat lazim sekaligus dalam silibus akademik pelajar agama rendah dan juga ayat ruqyah. Satu senarai lengkap akan diberikan setelah lulus bagi satu-satu peringkat ujian.

Buat masa ini, pihak kami masih tidak melaksanakannya secara rasmi tetapi untuk Gelanggang Masjid As Salam, bacaan hafalan telah dibuat kepada ayat-ayat lazim.

Setelah 5 tahun bertapak secara rasmi, pihak kami telah menganjurkan pelbagai program ilmiah dalam mengisi matlamat kami dalam menggunakan Silat Seni Gayong dalam usaha dakwah dan mengubah pandangan masyarakat kepada silat, perubatan Islam mahupun penyertaan dalam dakwah. Dengan penganjuran aktiviti-aktiviti berkenaan, pihak kami merasakan anak-anak didik kami sudah bersedia untuk melihat satu pembaharuan dibuat dalam konteks jati diri Muslim yang lebih baik.

2 comments »

  • bokbon said:  

    meme lari sungguh doh demo tpi gapo yg dibuat molek sekali. x po la lgpun demo org tak suka maka org tak kucar

    hahahauauahaha

  • SH said:  

    Salam, Bila kita buat bisnes, kita bicara soal product. Bukan soal pekerjanya.. betul tak?

  • Leave your response!