Bulan-Bulan Latihan Silat Yang Suram - Mungkin Satu Kelebihan

Monday, September 27, 2010 Leave a Comment



Bermula daripada Ramadhan sehingga Zulhijjah setiap tahun, latihan akan menjadi agak perlahan terutama kepada pihak yang malas dan pesilat yang terlibat dengan peperiksaan pada tahun ini. Apa pun latihan pertama di Masjid As Salam pada minggu lepas menunjukkan pesilat yang ada peperiksaan percubaan juga turut hadir latihan dan latihan masih penuh walaupun tidak mencecah 50-70 orang pesilat seperti biasa. Agak mengagumkan tahun ini apabila sayap kiri foyer Masjid As Salam masih penuh dengan pesilat.

Oleh kerana, musim latihan agak perlahan beberapa sessi format latihan diaturkan bagi kelas-kelas dan gelanggang yang terlibat bagi membolehkan kemahiran dan silibus diselaraskan. 

Manakala kelas latihan dewasa biasa selain silibus, 4 bulan sebegini banyak silibus tertentu akan diturunkan seperti lembing, keris, parang, simbat dan lain-lain. Kerana disebalik kemalasan dan program yang banyak melibatkan semua pihak beberapa silibus dan kursus perlu diteruskan bagi latihan kepada gurulatih terutamanya. Tanpa latihan berterusan, bukan kata kemahiran, silibus pun boleh hilang dalam ingatan.

Jadi kepada siapa yang rajin kepada latihan, InsyaAllah akan mendapat kelebihan.

2 comments »

  • Anonymous said:  

    Senaman kaki dia menarik. Boleh ganti Statham

  • narapatinantaboga said:  

    tu franck ropers. guru 'penchak silat' di france. zaman sekarang, tak belajar silat pun boleh menjadi guru silat..... it's all about business... ;)

  • Leave your response!