,

Latihan Berpusat & Mini Perdana Gayong KSSG Secara Mingguan

Thursday, October 14, 2010 Leave a Comment


Dalam merealisasikan beberapa rancangan dan visi pada tahun 2011 kelak, beberapa perancangan dan perubahan awal sedang dirancangkan. Semalam dalam perbincangan selepas latihan di Masjid As Salam, latihan berpusat bagi semua gelanggang Seni Gayong di bawah KSSG akan direalisasikan selewatnya selepas minggu pertama Aidiladha. 

Antara lain, latihan berpusat tersebut akan dijadikan mini perdana Gayong pada setiap minggu bagi KSSG. Latihan berpusat ini akan mengumpulkan seberapa ramai yang boleh pada setiap minggu daripada kesemua gelanggang KSSG di seluruh Selangor.

Tempat yang dibincangkan adalah tempat yang terbuka dan boleh dilihat jelas oleh masyarakat luar. Setakat ini tempat menjadi pilihan adalah Kompleks Rakan Muda Puchong. Pihak kami berharap dengan mengumpulkan ramai pesilat dalam satu latihan setiap minggu, bukan sahaja dapat menyelaraskan silibus tetapi secara tidak langsung menjadi mini kursus dan promosi terbuka kepada seni silat yang kini dipandang kekampung oleh masyarakat melayu sendiri.

Mungkin dengan menghimpunkan dalam kuantiti yang ramai, pandangan masyarakat mengenai silat akan sedikit bertukar dan mendatangkan keyakinan kepada kesemua pihak bahawa Silat masih relevan dalam membaik pulih jatidiri anak melayu terutama isu disiplin dan akademik serta kewangan.

Dalam masa yang sama, ia akan menjadi platform kepada pesilat dewasa dalam mengasah kegurulatihan yang mana masalah kegurulatihan adalah masalah terbesar yang dialami oleh kesemua pertubuhan silat. Dalam mengelakkan masalah ini timbul dalam KSSG dan memotivasikan anak bangsa Islam dalam meneruskan usaha para ulama dan cerdik pandai dahulu dalam usaha dakwah dan perjuangan melalui silat, pelbagai aktiviti dan usaha akan dilakukan bagi memastikan kegurulatihan tidak menjadi satu halangan kepada perkembangan Seni Gayong ini.

Latihan berpusat ini akan diadakan secara percuma setiap minggu dan akan ditanggung khas oleh Tabung Kebajikan KSSG. Sebarang sumbangan kepada tabung tersebut amat dialukan semasa latihan kelak.

17 comments »

  • Anonymous said:  

    saya sokong...

  • SH said:  

    Siapa penyokong ni? Org dalam ke di luar?

  • Anonymous said:  

    org dlm ckgu....

  • Umar Lahmi said:  

    Salam ukhuwah buat abg shams dan kwn2 semua, ada siapa2 yg boleh kongsi info dimana saya boleh mcari gelanggang gayong sekitar kuala langat/sepang/putrajaya utk org dewasa?? Sekian terima kasih

  • SH said:  

    Kalau rasa dekat, boleh mai ke Puchong. Dewasa takpe jauh sikit pun. Kalau putrajaya kita belum start. Takde tempat. Kalau ada cadangan tempat, kami sanggup turun!

  • Umar Lahmi said:  

    puchong? alahai..jauh tu bang sham, saya dok banting nih. Ingat glanggang putrajaya dah buka. Insya'Allah boleh juga digagahkn kesana, tp ke puchong.. emmm kene difikirkan dulu. anyway terima kasih for the info abg sham.

  • Anonymous said:  

    Assalamu'alaikum.
    Maaf , saya gatal menulis lagi.Silat "kekampungan"? Saya pernah khatam ilmu bela diri dari negeri jiran di utara.Dan pernah membantu ngajar bela diri baju putih.Baru-baru ini saya berpeluang belajar silat. Hasil nya? Bingung saya!!!
    Silat begitu teknikal walau untuk seseorang yg mendalami pelatihan 4 tahun dlm bela diri baju putih dan pakai seluar pendek belajar dr guru di sebuah Tokong xxxx.
    Jadi kenapa bela diri yg begitu teknikal dan di jadikan bahan rujukan pakar bela diri asing di anggap kekampungan? Mgkn kag kerana silat berasal dari kampung. Tp semua ilmu beladiri berasal dari hutan atau kampung.Kenapa Silat di label kampung.Pengalaman saya sendiri bercerita tentang silat dan di cebik oleh masyarakat Melayu sendiri.Jawab nya mentaliti.Jadi bagaimana kita boleh mengurangkan sikap ini selain dari lebihakan promosi silat dan gelanggang? Pengaruh media sangat penting.Ingattak tahun 70-an dan 80-an Byk filem2 silat dari Indonesia mencetuskan ramai pengikut silat.Zaman Bruce Lee, ramai yg ikut kung Fu.Zaman filem Ip Man dan Ong Bak, kenapa tak ramai yg ikut? Kerana terlalu byk teknik CGI nya!Jadi kenapa tidak kita himpunkan karyawan filem dan penggiat silat dan gunakan pesilat2 sebenar utk berlakon. Setakat ARJUNA tu budak kecil pun tak faham maksud cerita itu.

  • SH said:  

    Arjuna tu nak kata silat, bukan la silat. Nak kata kungfu, kang sifu-sifu kungfu gelak pulak. Buat malu industri seni beladiri.

  • AbIL said:  

    GELANGGANG SILAT GAYONG DI SEPANG, TAMAN CEMPAKA BANDAR BARU SALAK TINGGI..

  • SH said:  

    Terima kasih atas makluman.. ada detail mengenai gelanggang atau gurulatih

  • Nugrul Sakura said:  

    @abil
    gelanggang silat kat area sepang, taman cempaka kat belah mane ek? boleh bg contact no x?

  • Anonymous said:  

    sepang salak tinggi ... cikgu din ..

  • Arif Zaquan said:  

    Cikgu Zul (Sepang) : 0129582135

  • Arif Zaquan said:  

    Bagi ahli2 gayong lama, disarankan belajar dgn cikgu sulaiman shaarif (nilai) : 0194751165

  • Unknown said:  

    guru sya nak belajar silat, sya duk di puchong selangor...tapi sya remaja boleh ke sya belajar

  • Unknown said:  

    Guru² boleh ke saya nak belajar silat... saya duduk di puchong .Jika boleh tolong beri no.telefon guru saya betul² nak belajar guru

  • Unknown said:  

    Guru² boleh ke saya nak belajar silat... saya duduk di puchong .Jika boleh tolong beri no.telefon guru saya betul² nak belajar guru

  • Leave your response!