,

Latihan Wanita Di Gelanggang Masjid Kota Damansara

Monday, October 18, 2010 Leave a Comment

Kredit kepada Lenshakreatif yang diambil daripada facebook Silat Seni Gayong Malaysia.

Latihan di Masjid Kota Damansara semalam berjalan seperti biasa dan alhamdullilah penyertaan dilihat ada peningkatan dan semalam sebagai latihan kedua selepas bercuti memberikan laluan kepada Ramadhan, 12 orang turun latihan dan separuh daripadanya adalah wanita.

Harapan kami agar silat turut didominasikan oleh kaum hawa agar menjadi kenyataan pada tahun 2011 memandangkan agak sedikit kaum hawa yang berminat untuk turun berlatih dan mempelajari silat. Setidak-tidaknya sebagai senaman sekali-dua seminggu.

Setakat ini terdapat 5 wanita dewasa menyatakan hasrat untuk turun latihan di gelanggang Masjid Kota Damansara tetapi setakat hari ini 2 daripada wanita dewasa ini telah turun dan berlatih bersama pelatih lain.

Pihak kami melalui pihak Masjid Kota Damansara amat berharap penyertaan daripada kaum hawa terutama daripada kalangan remaja dan juga dewasa yang masih belum berkeluarga.

Setidak-tidaknya silat akan memberikan satu aktiviti baru dalam menggantikan senaman dan riadhah selain memberikan aktiviti berpersatuan. Dalam masa yang sama, rajin juga turun berjemaah di Masjid Kota Damansara itu kelak.

Setakat ini latihan masih dijalankan setiap Ahad, Selepas isyak berjemaah di Masjid Kota Damansara. Sekiranya berminat boleh hadir pada masa latihan atau hubungi: 014-9933774

0 comments »

Leave your response!