, ,

Demontrasi Silat Oleh Team Demo Remaja Kelab Silat Seni Gayong

Saturday, October 23, 2010 Leave a Comment


Alhamdullilah, team demo walaupun dalam persiapan peperiksaan masih diberikan peluang untuk menjalankan demo silat bagi beberapa aktiviti masyarakat dan kenduri di sekitar Puchong sahaja. Sepanjang beberapa hari ini, Cikgu Shams tidak berada di Lembah Klang dan berada di beberapa negeri memaksa skuad demo yang dilatih terpaksa hadir demo tanpa Cikgu Shams.

Baru tadi Achap telefon memaklumkan mengenai demo kenduri pada esok hari dan beberapa latihan diteruskan bagi team demo bertempat di Masjid As Salam. 

Sempena demo yang beterusan ini, pihak kelab kami mengambil peluang ini untuk menwar-warkan sekali lagi mengenai demo kami. Sebarang permintaan mengenai demo boleh dikemukakan melalui email shamsbangi@gmail.com atau menelefon kami di 014-9933774. Jika gagal, sila SMS kami di nombor berkenaan.

Dalam usaha kami melaksanakan program dan visi dalam memprofesionalkan pentadbiran silat melalui kelab kami, satu fee minima dikenakan. Tetapi setakat ini pihak kami sering mendapat pembayaran melebihi apa yang ditetapkan. Mungkin sebagai usaha dan sumbangan kepada kami atau hasil persembahan dan disiplin kami yang kami bawa.

Kami sedang memprofesionalkan silat ke arah kebaikan bersama di mata dunia. Anda berani?

5 comments »

  • mr.0 said:  

    terima kasih kpd encik acap.... :)

  • SH said:  

    Ada gambar untuk demo terbaru? sila letak facebook. Nanti nak uplod sini.

  • mr.0 said:  

    nnt mntk kat kwn saye...

  • SH said:  

    cepat sikit nyer... nak upload gambar terbaru sahaja.

  • mr.0 said:  

    udah beres ckgu..

  • Leave your response!