, , , ,

Majlis Mandi Minyak & Demontrasi Silat

Tuesday, November 16, 2010 Leave a Comment

Hanya 40 orang terpilih dalam Majlis Mandi Minyak kali ini daripada Gelanggang Masjid As Salam, Pusat Bandar Puchong dan Seksyen 8, Shah Alam

Demo silat diiringi muzik silat secara langsung oleh kumpulan Gemala Kasturi yang tersohor

Upacara Buka Gelanggang & taklimat ringkas oleh Cikgu Shams mengenai majlis tersebut.

"Mengawal kerja-kerja krew Majalah 3?"

Kebanyakan demo silat dipersembahkan oleh Team Demo Remaja 2010 yang hanya baru mempelajari silat ini selama 4-8 bulan sahaja. Persembahan yang agak mengejutkan daripada mereka setaraf pemegang hijau dan merah dengan bersenjata sebenar.

Pesilat Team Demo Remaja 2010 iaitu Faiz dan Nazrin diberikan kepercayaan untuk menjadi main star untuk Team Demo melangkaui Team Demo Dewasa.

Cikgu Hazil memeriksa status minyak. "masih putih" katanya...

Sebahagian Anak Gayong KSSG bergambar bersama Cikgu Noor 'Geting' & Cikgu Shams 'Bangi'

Pada jam 2.00 pagi, Anak Gayong Dewasa masih gagah untuk bergambar dengan krew Majalah 3. Terima kasih kepada Krew Majalah 3 dan TV3 terutama Encik Amin dan Encik Saidin yang banyak membantu kami. Sebagaimana yang dikatakan, sekiranya masih perlukan bantuan silat untuk apa jua tujuan pengambaran, kami sedia membantu.

Cikgu Noor "Geting" bertindak sebagai dalang minyak pada malam tersebut sementara dibantu oleh Dir Hussin dan Cikgu Hazil Sardi

2 comments »

  • Anonymous said:  

    knp pilih tak bukak utk semua ke

  • SH said:  

    Kami pilih yang ada training untuk demo dan remaja serta pesilat yang rajin berlatih. Kanak-kanak dah sedia ada kat Shah Alam. Hanya untuk pengambaran TV3.

  • Leave your response!